Siapa cakap wanita berhijab tak boleh bergaya dan tampil cantik? Lihat sahaja kebanyakan selebriti tempatan yang berhijab, sentiasa cantik dan tampil bergaya.
Pada mereka yang inginkan inspirasi gaya berhijab, lihat sahaja OOTD selebriti tempatan berhijab. Mana tahu boleh cantik macam deorang.
Jom lihat gaya hijab selebriti tempatan yang menjadi pilihan!
Neelofa
Neelofa memilih instant shawl sebagai gaya hijabnya dan pastinya ia dari jenamanya sendiri, Naelofar. Mungkin kerana instant shawl lebih mudah digayakan lebih-lebih lagi untuk wanita sibuk sepertinya.
Rozita Che Wan
Che Ta dan gaya fesyennya memang sentiasa meletop! Che Ta memilih selendang gaya hijabnya dan ternyata dia bijak memadankan dengan busana yang dipakainya supaya nampak lebih versatil.
Erin Malek
Ibu muda ini cukup cantik walaupun dengan menggayakan tudung bawal sahaja. Apa yang pasti, Erin bijak menggayakan tudung polos nampak lebih menarik. Mudah untuk dijadikan sebagai gaya harian untuk wanita yang sibuk.
Uqasha Senrose
Uqasha Senrose lebih memilih selendang berona pastel sebagai gaya hijabnya. Walaupun ada yang menganggap berhijab buatkan seseorang nampak lebih tua, tapi tidak pada Uqasha.
Wawa Zainal
Wawa Zainal terkenal dengan gaya hijab yang unik dan tiada siapa berani mencubanya. Tetapi wajah comel Wawa buatkan gaya hijab tersebut tampil sempurna dan glamor.
Elfira Loy
Kebanyakan gadis muda memilih selendang sebagai gaya hijab. Elfira lebih suka gayakan selendang polos dengan gaya tersendiri. Lebih selesa jika gayakan sendiri rasanya.
Blogger Comment
Facebook Comment