KAMPUNG PANTAI AIR TAWAR, Besut - Seorang warga emas berumur 90 tahun memiliki sebilah keris antik yang didakwa milik legenda hulubalang Melayu Laksamana Hang Tuah.
Ibrahim Ahmad seorang pengusaha sotong kering dan bomoh terkenal di sini mendakwa, keris milik Hang Tuah itu juga pernah ditawarkan dengan harga RM2 juta oleh individu dari Kuala Lumpur.
Ibrahim yang mesra dengan panggilan Pak Long berkata, orang tengah (broker) dari Lembah Klang bersama beberapa pakar keris datang ke rumahnya untuk menguji keris tersebut terlebih dahulu.
“Mereka mengakui keris itu salah satu keris milik Hang Tuah (bukan Taming Sari) setelah melalui beberapa proses ujian secara kerohanian oleh pakar keris dan selepas berpuas hati mereka yang menawarkan harga berkenaan.
“Mulanya saya bersetuju menjual namun pada saat akhir saya terpaksa menolak tawaran tersebut apabila orang tengah berkenaan meminta bahagian wangnya terlalu banyak,” katanya.
Simpan lebih 100 bilah keris, pedang lama
IBRAHIM berkata, keris luk sembilan itu amat sukar dikeluarkan dari sarungnya kecuali hanya mereka yang mengetahui rahsia keris dan kebolehan tertentu.
Selain keris berkenaan, Pak Long yang tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan turut menyimpan 50 koleksi pelbagai jenis senjata tajam unik dan barangan antik lain yang disimpan di rumahnya.
“Dulu saya ada lebih 100 bilah keris atau pedang lama tetapi sebahagian besar saya sudah jual tambahan pula saya semakin tua selain anak cucu tidak begitu berminat dengan koleksi ini,” katanya ketika ditemui di rumahnya.
Antara koleksi barang unik lain yang disimpan adalah sekeping batu leper didakwanya telinga gajah bertukar menjadi batu, satu batu berbentuk hulu golok yang dikatakan parang pak dogol juga bertukar menjadi batu, parang pak dogol dan keris milik bekas pemimpin Indonesia terkenal.
Ibrahim turut mendakwa mempunyai senjata tajam milik pahlawan terkenal menentang penjajah British, Tok Gajah.
Dakwa peroleh sesetengah barangan secara ghaib
KATANYA, dia memperoleh barangan tersebut melalui pelbagai cara seperti yang dihadiahkan oleh kawan rapat dan juga ada diperoleh secara ghaib.
“Saya turut memiliki kira-kira 300 bentuk cincin daripada pelbagai bentuk dan jenis permata,” katanya.
Kesemua barangan tersebut dibungkus dalam kain kuning kemudian digantung di dinding rumahnya dan ada yang diletakkan di dalam kotak cermin termasuk ayam ‘emas’.
Selain mengusahakan kerja memproses sotong kering dia sering didatangi banyak pihak untuk menjalani rawatan alternatif dengannya.
Pak Long berkata, dia mempunyai hobi mengumpul dan menyimpan pelbagai jenis senjata tajam lama sejak 40 tahun lalu.
Katanya, ada senjata dan barang lama juga yang digunakannya untuk merawat pesakit melalui kaedah tertentu.
Sesiapa yang berminat untuk melihat atau membeli pelbagai jenis keris dan pedang Ibrahim boleh pergi ke rumahnya di Kampung Air Tawar.

Sumber; sinarharian .com.my
Blogger Comment
Facebook Comment