Cara Sujud Syukur: Perlukah Wuduk Dan Menghadap Kiblat?

Kalau cakap tentang Sujud Syukur, tentu ramai yang terbayang pemain bola sepak atau  atlet-atlet yang yang melakukannya sebaik sahaja diumumkan kemenangan mereka.
Walaupun begitu, mesti ada yang keliru sama ada sujud ini boleh dilakukan dalam keadaan tertentu seperti – tanpa wuduk, tidak menutup aurat,  dalam kenderaan, tidak mengikut kiblat, dan seumpamanya.

sujud syukur

Bilakah Waktu Paling Sesuai Melakukan Sujud Syukur?

Dari Abu Bakar RA, bahawa Nabi Muhammad SAW biasanya apabila menerima berita yang mengembirakan Baginda terus sujud kepada Allah.
Sheikh Ibnu Utsaimin dalam Fatawa Islamiyyah (1/205) mengatakan : “Sujud Syukur dilakukan kerana selamat dari sesuatu musibah atau menerima nikmat yang dikurniakan kepada seseorang (tanda terima kasih).”
Maka, disimpulkan bahawa Sujud Syukur disunatkan untuk dilakukan dalam 2 keadaan ini:-
  • Ketika baru memperolehi anugerah atau nikmat seperti seseorang yang diberitakan dengan kelahiran anak, kemenangan atau kejayaan yang diimpikan, dan apa jua berita yang menggembirakan.
  • Ketika terselamat daripadamusibah. Contohnya, berlaku kebakaran besar di kawasan tempat tinggal kita, namun nyawa ahli keluarga kita terselamat walaupun waktu itu kita mengalami kerugian besar akibat kehilangan harta benda.

rizki-fa-moch-by-chanafi-sujud-syukur-dan-sujud-tilawah-2-728

Cara Sujud Syukur

Rukun sujud syukur adalah seperti berikut:
1. Niat
2. Takbiratul Ihram
3. Sujud (sekali sahaja)
4. Bangun daripada sujud (duduk) dan memberi salam

Niat Sujud Syukur

niat-sujud-syukur12-300x59
Maksudnya: Sahaja aku Sujud Syukur kerana Allah Taala

Doa Sujud Syukur

Tiada bacaan khusus yang diperlukan ketika sujud, namun kita digalakkan membaca ayat ini:-
Doa Sujud Tilawah
Maksudnya: Aku sujudkan wajahku ini kepada yang menciptanya dan membentuk rupanya dan yang membuka pendengarannya dan penglihatannya. Maha Suci Allah sebaik-baik Pencipta.
Jika kita terlupa atau tidak menghafal bacaan ini, tidak mengapa.
Kita dibolehkan membaca sahaja yang bacaan yang selalu dibaca waktu sujud dalam solat, atau cukup sekadar mengucapkan“Alhamdulillah”.

sujud_tilawah

Syarat Sah Sujud Syukur

Walaupun terdapat khilaf dalam hal ini, pendapat yang paling ramai mengatakan bahawa keperluan Sujud Syukur adalah sama seperti hendak solat fardhu, iaitu:
1. Berwuduk
2. Menghadap kiblat,
3. Menutup aurat
4. Suci pakaian dan tempat sujud

m-salah

Penjelasan Tentang Keperluan Berwuduk, Menghadap Kiblat, Dan Beberapa Perkara Lain

Menurut artikel yang terdapat dalam sebuah akhbar tempatan pada tahun 2005, Imam merangkap Penolong Pengarah Pembinaan Sakhsiah Masjid Negara, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Mohd Zuhairee Mohd Yatim, menjelaskan bahawa cara Sujud Syukur sebenarnya tidak memerlukan syarat-syarat sebagaimana syarat solat.
“Ini berpandukan kepada Imam Shaukani yang berkata: Dalam Sujud Syukur tidak terdapat sebuah hadis pun yang menjelaskan bahawa untuk melakukannya disyaratkan berwuduk, suci pakaian atau tempat sujudnya.”
“Juga tidak terdapat keterangan daripada Baginda Rasulullah s.a.w. bahawa cara Sujud Syukur harus bertakbir atau mengadap kiblat.”
Sebab itulah, kita dapat lihat atlet-atlet dan pemain bola sepak yang biasa mengerjakan Sujud Syukur ketika memenangi perlawanan atau sebaik menjaringkan gol keemasan buat pasukan mereka.
Menurut ulama, ia juga boleh terus dilakukan apabila mendengar khabar semasa berada dalam keadaan duduk, ataupun semasa berada di atas kenderaan jika seseorang didalam didalam permusafiran.
Adapun Abul ‘Abbas, Al Muayyid Billah, An Nakha’i, dan sebahagian pengikut Syafie berpendapat bahawa syarat Sujud Syukur adalah seperti disyaratkannya dalam solat, iaitu berwuduk, menghadap, kiblat, menutup aurat, dan sebagainya.

sujud-500x318

Mudahnya Sujud Syukur!

Walaupun terdapat percanggahan dalam pendapat tentang cara Sujud Syukur, kita digalakkan untuk melakukan tatacara yang paling sempurna dan pandangan ulama’ yang paling ramai. Lagipun, ia tidaklah sesukar mana.
Maka, manfaatkanlah peluang melakukan ibadat sujud ini, walaupun ia hanya merupakan tuntutan sunat.
Ini kerana, dengan melakukannya bererti kita menghidupkan sunnah Rasulullah SAW.
Selain itu, ringankanlah badan kita untuk melakukan sujud syukur apabila menerima perkhabaran gembira, agar kita tidak lupa diri dengan kejayaan atau dan nikmat kurniaan Allah.

@Via SirapLimau
The post Cara Sujud Syukur: Perlukah Wuduk Dan Menghadap Kiblat? appeared first on LelakiSihat.Com - Tips & Info Kesihatan Lelaki.
 SUMBER : http://gengviral.blogspot.com/
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close