Baru 5 Hari Berkahwin, Isteri Minta Cerai Kerana Suami Tidak Solat

Di Riyadh, Arab Saudi, seorang wanita menuntut diceraikan suaminya, sesudah lima hari berkahwin, setelah mengetahui lelaki yang dikahwininya itu tidak menunaikan suruhan Islam.
Menurut laporan media Arab Saudi, wanita yang tidak didedahkan identitinya itu naik berang apabila menyedari suaminya itu tidak menunaikan solat lima waktu (amalan wajib bagi umat Islam).

Ramai nitizen menyokong tindakan wanita tersebut kerana solat merupakan perkara wajib dan tiang dalam rumahtangga.
Ia sekali gus mencetuskan perdebatan dan perbahasan hangat di media Arab Saudi.
“Dia bertindak betul, apabila seorang suami tidak menunaikan suruhan Tuhan, dia tidak akan menghormati segala janjinya kepada isterinya dan cara terbaik adalah berpisah,” kata salah seorang nitizen.

“Dia sepatutnya lebih bersabar dan secara beransur-ansur menyuruh suaminya untuk menunaikan  solat.”
Sementara itu ada juga yang menentang tindakan wanita itu dan menyatakan bahawa wanita itu bertindak terburu-buru.



Sumber : hanasuva.com
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close