Rasanya ramai wanita dah cop lelaki ni jenis yang suka berahsia. Bukannya mereka ni jenis suka rahsiakan sesuatu, tapi mungkin sebab ego.
Sebenarnya ada beberapa perkara yang lelaki rahsiakan tanpa wanita sedar. Jika anda dapat kuasai semua rahsia ini, pasti hubungan anda kekal bahagia!
Lelaki Mudah Rasa Kesepian
Jangan ingat wanita je rasa kesepian. Semakin tua seseorang lelaki, semakin mudah dia rasa kesepian. Lihat sahaja lelaki tua yang ditinggalkan isteri, boleh jadi gila dibuatnya.
Emosi MudahTerganggu
Lelaki sejati adalah lelaki yang mengalirkan air matanya. Apa menambahkan lagi kesejatian seseorang lelaki apabila air mata itu mengalir bukan dihadapan orang tersayang sebaliknya dihadapan Maha Mengetahui.
Makin Tua Makin Bijak
Ini memang tak dapat disangkal lagi. Lelaki ni makin tua makin bijak. Mungkin sebab dah banyak pengalaman dan makan banyak garam jika dibandingkan dengan lelaki muda. So, kalau bab menipu tu memang bijak.
Tidak Pentingkan Emosi, Fokus Pada Penyelesaian Masalah
Pernah luahkan masalah kepada rakan bagi lelaki atau perempuan? Lelaki lebih fokus dalam menyelesaikan masalah berbanding perempuan yang hanya akan menangis apabila mendengar masalah.
Suka Melihat Wanita Cantik
Wanita perlu tahu, lelaki suka melihat perempuan cantik. Jadi, anda perlu tampil cantik dan jangan la jadi Hantu Kak Limah kalau tak nak pasangan anda curang. Kalau boleh, izinkan suami anda kahwin lagi.
Akulah Bos
Lelaki tidak suka dipimpin. Mereka suka memimpin. Lelaki yang dipimpin oleh wanita merasakan darjat mereka seolah-olah jatuh dan sangat memalukan.
Sumber : hanasuva.com
Sumber : hanasuva.com
Blogger Comment
Facebook Comment