"SEKELIP MATA ABANG PERGI TINGGALKAN SAYANG DAN ZURIAT KITA...."




Kita hanya sempat merasa kebahagiaan sebagai suami isteri sebulan sahaja. Genap abang sebulan esok 28 Mei 2016. Tetapi Allah sudah berikan bukti cinta kita awal. Masa mula-mula sayang disahkan hamil, ramai yang kata kita terlanjur sebelum nikah. Sebab itu kita nikah simple-simple sahaja. Tetapi abang minta sayang bersabar. Sabar menghadap mulut orang.

"Suami diorang tak sejantan abang. Lagi 15 tahun, takut sayang dah putus haid, sebab itu Allah bagi awal," kata abang bergurau.

Tetapi sebenarnya kita bernikah awal sebab abang tak mahu sayang terlepas di tangan orang lain. Kalau tidak, terpaksalah menunggu bulan 8. Lama lagi.

Abang, selama sebulan kita menjadi suami isteri, hanya5 kali sahaja kita bersua sebab tuntutan kerja abang. Kita mungkin tidak seperti pasangan lain yang hari-hari boleh berjumpa, isteri boleh tidur di atas lengan suami. Tetapi sayang tidak, hari ketiga selepas majlis nikah, abang sudah kena pergi belayar.

"Abang balik nanti, sayang jangan risau," kata abang sambil mengesat air mata saya.

Allah abang, isteri mana yang tidak risau. Memang abang balik, abang balik sebab arwah mak meninggal. Masa abang balik, abang tak lepas tangan sayang.

"Orang lain pun pengantin baru juga," kata sayang.

"Jah, aku pegang tangan kau, 3 tahun aku menunggu,"

Allah, betapa sayang rasa abang terlalu menghargai sayang.

Selama kita berjauhan ini, hari-hari abang buat video call. Hari-hari abang hadiahkan senyuman, nyanyikan lagu, bacakan doa tidur walaupun kita berjauhan. Hari-hari abang minta sayang mengaji dengan buat video call depan abang. Hari-hari abang akan tanya sayang, apa kebaikan yang dibuat hari ini. Hari-hari abang kata abang ampunkan sayang walaupun tak ada salah.

Abang memang suami yang baik, yang sayangkan sayang sepenuh hati. Sayang tak pernah lupa kejutan-kejutan yang abang buat untuk sayang. Paling sayang hargai bila abang sanggup contact kawan-kawan sayang senyap-senyap dan abang sponsor percutian kami. Abang tahu tak, kawan-kawan semua cakap, "Nak cari suami macam abang.". Bangga sangat sayang rasa dengan abang.

Abang bukan saja suami yang baik tetapi juga insan yang mulia. Orang sewa rumah abang setahun tak bayar pun abang cakap tak apa. Abang juga sangat suka bersedekah. Saya tahu dari mulut orang setiap 30% gaji abang, abang akan berikan kepada sesiapa yang memerlukan. Ya Allah, mulianya hati abang, tuhan saja yang tahu. Abang buat kebaikan apa-apa, tak pernah abang canangkan. Abang simpan sendiri. Abang, bertuahnya sayang mempunyai abang.

Abang ingat lagi tak masa kita baru merasa bunga-bunga cinta dulu? Abang bawa sayang pergi makan tepi tasik Pekan tu? Abang cakap dengan waiter tu, "Bagi abang teh o, tak payah letak gula okay,".

Budak waiter itu pun pelik. Abang cakap, "Ni depan abang ni dah manis dah. Kalau letak gula, takut lagi manis,". Masa itu perkataan cia cia cia tak wujud lagi. Saya cuma gelak saja. Tetapi bila budak itu tak letak gula, abang cakap tawar pula tetapi sebab nak menjaga kemachoan abang, abang telan juga teh o tawar itu. Hahaha! Sayang cuma mampu cakap, "Tolollah mu ni,".

3 tahun mengenali abang buat sayang rasa berat untuk melepaskan abang. Terlalu banyak kenangan manis kita. Kalau nak cerita, banyak sangat. Tetapi sayang pun tak lupa kenangan pahit kita. Tapi tak perlu dikenanglah yang pahit itu sebab dari yang pahit itulah abang banyak belajar untuk menjadi seorang yang benar-benar setia.

Abang sempat cakap kalau lelaki, letak nama Mohd Firdaus. Kalau perempuan, letak nama Noor Aisha. Jangan letak nama merepek sebab abang nak anak-anak abang jadi anak yang patuh pada agmaa juga. Tetapi sayang kata, "Awal lagilah abang,".

"Cuma pesan saja," kata abang.

Sekarang sayang dah faham kenapa abang pesan terlalu awal....

Abang, ingat lagi tak masa di Bangkok, saya tengok YouTube. Iyalah abang tahu sayang suka dengar lagu dikir tetapi abang ambil baik-baik telefon sayang.

"Kita jumpa sekali sekala, abang depan mata ni. Nanti kalau abang jauh, tak boleh bercakap apa lagi dah," kata abang.

Kawan-kawan abang beritahu abang, sehari sebelum abang pengsan, abang asyik menyanyikan lagi Salam Terakhir. Diorang tak fikir apa-apa sebab semua orang tahu abang suka bernyanyi walaupun suara abang macam katak. Kenapa sayang tak sedar terlalu banyak hint yang abang bagi?

Masa abang koma, sayang bisikkan pada abang selalu. Bangun dan kuatkan semangat walaupun doktor kata peluang abang tipis. Tetapi abang buka mata, senyum dan air mata abang mengalir. Terakhir kali abang panggil Lijah, "Sayang..."

Sayang tak tahu kenapa abang menangis tetapi bila sayang bisikkan pada telinga abang, "Sayang redha pemergian abang," nadi abang terus berhenti. Abang, rupa-rupanya sehari dua ini sayang yang sesksa abang sebab tak mahu lepaskan abang. Maafkan sayang.

Baru hari ini sayang perasan abang pernah post pada 6 Mei 2016, status abang mengharapkan abang sempat azankan anak kita. Ya Allah abang, kenapa sayang tak pernah ambil peduli semua itu? Hari ini sayang baca diari abang. Tak pernah sehari pun abang lupa catit nama Lieza. Semua nota-nota Lieza abang simpan dalam kotak pink abang. Allah abang, suami sepertimu ini hanya 1 dalam sejuta barangkali.

Sayang akan ingat pesanan abang. Di media sosial jangan update status bukan-bukan, jangan upload gambar selfie. Di luar rumah, jangan make up melampau, jaga pandangan, batas pergaulan, jaga air muka abang. Sayang janji abang, janji.

Abang tak suka main PS5, main Dota apatah lagi tetapi sebab nak puaskan hati sayang, abang sanggup bealjar dengan sayang. Kenapa abang terlalu sempurna? Ya Allah, sedangkan sayang tak pernah nak ambil kisah tentang hobi abang pun, apa hobi abang pun sayang tak tahu.

Lepas ini kalau sayang sakit, darah tinggi sayang naik. Sayang terjaga tengah malam. Sayang nak cari siapa, abang? Abang tahu kan sayang ini sebatang kara? Tapi tak apalah abang, sayang lepaskan abang pergi dengan tenang. Tahulah sayang macam mana nak hidup atas dunia ini tanpa abang. Jangan risaukan sayang okay? Abang ingat lagi kenapa abang pilih sayang sebagai isteri abang? Sebab abang yakin sayang kuat dan tabah. Jadi sayang akan membuktikan yang abang tidak tersalah memilih bidadari abang.

Abang, bumi ini mendung, menangisi pemergian abang mungkin. Kita balik Malaysia kejap lagi abang yea. Sayang tunaikan hajat abang dulu. Dulu abang pernah bergurau dengan sayang yang abang nak book tanah kosong sebelah arwah mak.

Al fatihah buat abang. Selamat menempuh perjalanan abang yang jauh. Tenanglah abang di sana. Selepas ini hanya kain pelikat abang sahaja yang menjadi peneman hari-hari sayang. - Nor Lieza
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close