Setiap pasangan yang berkahwin tentu mengimpikan ada zuriat sendiri. Tetapi kita hanya merancang Allah juga yang menentukan.

Ada pasangan yang sudah berkahwin bertahun-tahun masih belum dikurniakan anak lagi. Jangan mudah berputus asa. Teruskan berusaha sama ada secara moden mahu pun tradisional.

Berdoa dan bersangka baik kepada Allah dengan setiap dugaan yang hadapi. Selain kaedah moden, anda dan pasangan boleh mencuba kaedah tradisional seperti disarankan oleh Siti Noorhayati Abdul Rahman, bidan dari Hayati Mom Care.

Petua untuk Wanita

1. Minum air rendaman ros kering atau rebus ros segar dan minum airnya. Rendaman air ros dikatakan baik untuk membersihkan rahim wanita. Bagus diamalkan setiap hari.

2. Campurkan sekuntum bunga kenanga bersama sekuntum bunga ros segar dan rebus dengan secawan air. Rebus sehingga tinggal separuh cawan, sejukkan dan minum. Amalkan minum air rebusan bunga kenanga dan ros ini tiga kali seminggu. Ia juga baik untuk membersihkan rahim wanita.

Petua untuk Lelaki

3. Minum kopi pekat bersama madu dan juga serbuk badam atau badam hancur. Campuran minuman ini dikatakan baik untuk penghasilan hormon testosteron. Amalkan pengambilan minuman ini setiap hari untuk kesan yang lebih efektif.

4. Selain minum kopi, lelaki juga digalakkan makan banyak badam untuk penghasilan hormon testosterone.