Mesti ramai ibu yang berhadapan dengan situasi anak sudah punya citarasa sendiri dalam soal memilih pakaian. Kalau suka sesuatu baju, asyik nak pakai baju yang sama sahaja pagi petang siang dan malam.
Aduh, boleh hilang sabar dibuatnya tambahan pula apabila ibu sedang mengejar masa ketika itu.
Sebenarnya di usia dua hingga tiga tahun, si kecil mula bereksplorasi dengan gaya berpakaiannya sehingga mereka mahu memilih sendiri pakaian yang akan dipakai.
Sebagai ibu bapa, sudah tentu anda mahu si kecil nampak comel dan kemas dalam soal berpakaian. Namun, seiring dengan perkembangannya dan bertambahnya usia anak, dia hanya mahu memakai pakaian yang dia sukai sahaja walaupun kadang kala pilihannya hanya akan membuatkan ibu ketap bibir!
Sebagai orang tua, anda sepatutnya mendidik anak cara berpakaian yang betul mengikut situasi dan keadaan.
1. Tidak sesuai!
Memberi kebebasan anak memilih dan memadankan pakaiannya sendiri memang bagus kerana ia membantu merangsang anak lebih bijak berdikari. Anak juga menjadi berani untuk mengekspresikan kemahuan dirinya.

Namun, keburukan membiarkan anak memilih pakaian sendiri pula boleh membawa 'bencana' apabila jenis baju dan warna yang dipilih langsung tidak kena. Jika ia terjadi, jangan mengejek citarasa anak. Sebaliknya terangkan sedikit kepadanya tentang ilmu fesyen. Lama-kelamaan kemampuan si kecil pasti terserlah.
2. Baju basahan
Kalau hari-hari nak pakai baju yang sama memang boleh 'naik darah' dibuatnya. Mesti ibu-ibu pernah berhadapan situasi tersebut. Bukan hanya di rumah dia minta pakai pakaian itu, nak keluar berjalan pun mahu pakai pakaian yang kononnya sangat selesa dan menjadi kegemarannya.

Sebenarnya anak yang suka baju tertentu itu kerana dia mendapat pujian apabila memakai baju tersebut. Oleh itu apa kata, ibu sediakan beberapa pilihan baju yang lebih kurang sama rekaan warna, gambar kartun yang digemari, dan beri pujian positif apabila dia memakainya.
3. Salah pakaian
Apabila hendak pergi ke majlis yang formal, si kecil tetap mahu memakai pakaian kegemarannya iaitu t-shirt dan seluar pendek basahan. Jelaskan kepada anak bahawa memilih pakaian harus disesuaikan dengan acara. Setelah dia memakai pakaian yang sesuai, berikan pujian kepadanya.

4. Bertukar ganti pakaian
Ada juga jenis kanak-kanak yang gemar menukar pakaian. Dalam sehari sampai lima hingga enam pasang pakaian yang dipakai. Ia boleh menambah stres mama, jika sedang bersiap-siap hendak keluar dan si kecil masih lagi dalam 'bad mood' kerana tidak berkenan dengan pakaian pilihan ibu.
Akibatnya dia mula mencari pakaian kegemarannya untuk diganti. Dalam situasi ini, ibu perlu ambil tindakan pantas dan tepat. Berikan pujian bahawa pakaian yang dipakai sudah cukup menarik kepadanya.
Kadang kala anak kecil juga suka meminta menukar pakaian apabila dia kerap berpeluh dan dalam cuaca panas. Ajar anak untuk memilih pakaian yang selesa dan menyerap peluh supaya dia tidak terlalu kerap meminta menukar pakaian.
5. Meragam tak suka pakaian pilihan
Berikan kebebasan kepada si kecil untuk hal-hal yang memang perlu, salah satunya dalam soal pemilihan pakaian. Jangan memaksa si kecil menggunakan pakaian pilihan ibu jika si kecil tidak bersedia.

Ia hanya akan membuatkan anak anda rasa tidak selesa, bad mood dan akhirnya meragam. Kita sendiri tak suka orang paksa pakai pakaian yang kita tidak selesa. Berikan kebebasan, namun tentu sahaja tetap perlu diberi arahan!
Sumber: majalah pa&ma
Blogger Comment
Facebook Comment