Puak UMNO yang kalah ni nampak tak putus asa cuba kucar kacirkan Pakatan Harapan yang semakin kuat. Dugaan. Terbaik jawapan Anwar.
Dituduh Berpakat Dengan BN-PAS. Ini Jawapan Anwar Buat Semua TERDIAM | Baru-baru ni tersebar khabar angin yang mengatakan Anwar berpakat dengan 79 anggota parlimen BN dan 18 anggota parlimen PAS. Ini jawapan Anwar Ibrahim buat semua terdiam. Ikuti selanjutnya.
ANWAR NAFI DAN BERKATA ITU KERJA GILA
Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan bahawa beliau dan PKR sedang berunding untuk bekerjasama dengan Umno dan PAS bagi menubuhkan kerajaan Islam.
“Orang yang fikir idea ini adalah kerja gila dan memang mereka yang otak jahat saja yang boleh fikir macam ini.
“Kita bertungkus lumus, dipukul setengah mati, apa guna saya nak berpakat begitu rupa,” kata Anwar dalam temubual khas dengan The Malaysian Insight.
Beliau berkata demikian susulan khabar angin disebarkan yang mendakwa PKR yang mempunyai 49 anggota parlimen sedang berunding untuk bekerjasama dengan 79 anggota Parlimen BN dan 18 anggota parlimen PAS.
Mereka mendakwa, jika ketiga-tiga parti itu bergabung mereka boleh membentuk kerajaan berteraskan Islam berbanding dengan Pakatan Harapan (HARAPAN) yang sekarang didominasi oleh anggota parlimen bukan Melayu.
Anwar berkata beliau tidak kisah sekiranya berita itu disebarkan oleh Umno, namun idea tersebut turut disebarkan oleh segelintir pendukung HARAPAN sendiri. (Sumber: Malaysiakini)
ROSMAH LANTIK PEGUAM TAMBAHAN UNTUK KE SPRM
Isteri kepada bekas perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor melantik sebuah pasukan peguam baru bagi menemani beliau dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dana SRC International Sdn Bhd.
Peguam kanan, Datuk K Kumaraendran dan Datuk Geethan Ram Vincent akan mengiringi Rosmah ke SPRM.
“Ya saya dan Geethan mewakili Rosmah tetapi bukan (Datuk Seri) Najib (Razak),” kata Kumaraendran ketika dihubungi Malaysiakini.
Sementara itu, dalam perkembangan lain bekas pendakwa raya kanan, Datuk Yusof Zainal Abiden dan peguam kanan M Puravalen dikatakan menarik diri daripada mewakili pasangan itu atas persetujuan bersama.
Puravalen dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini berkata:
“Saya dan Yusof telah berhenti daripada mewakili Najib, saya juga telah menarik diri daripada mewakili Rosmah,” katanya.
Sekiranya benar, ini adalah kali kedua peguam Najib dan Rosmah telah menarik diri daripada mewakili pasangan itu. (Sumber: Malaysiakini)
The post Dituduh Berpakat Dengan BN-PAS. Ini Jawapan Anwar Buat Semua TERDIAM appeared first on SAYALUVISLAM.
Sumber : sayaluvislam
Blogger Comment
Facebook Comment