Siti Saleha Nak Manja Puas-Puas
Pelakon cantik jelita Siti Saleha bercerita bahawa dia langsung tidak tertekan apabila bercerita soal cahaya mata.
Ini kerana Siti Saleha dan suaminya iaitu Ahmad Lutfi Azhar masih dalam suasana honey moon sejak mendirikan rumah tangga.
Pasangan ini telah berkahwin pada bulan Julai tahun lepas.
Menurut Siti Saleha dirinya juga mahu bermanja sepuas-puasnya dengan suami sebelum menerima kehadiran orang baru yang selalunya dikatakan pasti menambahkan lagi seri mahligai cinta mereka.
Ini komennya:
"Apabila saya melihat abang dan adik saya yang sudah mempunyai anak, kehidupan mereka bagai berubah sepenuhnya.
Tumpuan dan perhatian kini perlu diberikan kepada bayi masing-masing. Bagaimanapun, kami bukanlah merancang kerana soal anak bergantung kepada rezeki.
"Cuma bagi saya, sekarang kami masih lagi dalam suasana bulan madu. Malah, kami dalam perancangan untuk bercuti ke Mauritius. Berilah saya peluang untuk bermanja puas-puas dengan suami dulu,"
Bercerita mengenai kehadiran bulan puasa pula, Siti Saleha berkata, dia berasa amat teruja apabila kali pertama menyambut bulan penuh keberkatan itu sebagai seorang isteri.
Seperti wanita sudah berkahwin yang lain, walaupun sibuk, Saleha tetap akan ke dapur menyediakan hidangan untuk suami.
"Suami saya tidak begitu cerewet dalam soal makanan. Dia suka makan daging goreng kunyit, manakala saya pula gemarkan salmon panggang sebab ia senang untuk dimasak.
"Janganlah ingat saya tidak mahir di dapur hanya kerana saya seorang artis. Saya juga boleh memasak kerana sejak dulu saya seorang yang berdikari. Cuma, saya tidak menayangkannya di media sosial,"
Pada bulan Ramadan yang penuh berkat ini juga, Sit iSaleha yang juga kakak kepada Sam Bunkface akan muncul dalam dua drama baharu di kaca televisyen.
Drama 'Bulan Bintang Dan Sayang' akan menemui penonton ntv7, manakala Bila Aidil Ada Fitri pula ditayangkan menerusi saluran Astro Oasis.
Sumber : berita memey
loading...
loading...
Blogger Comment
Facebook Comment