Ini Kenyataan Penuh Ziana Zain, Anggap Rumah Umpama Neraka


Perkahwinan Ziana Zain dan suami kini sedang dilanda badai.

Setelah sekian lama berdiam diri, akhirnya penyanyi ini mula bercerita tentang masalah rumah tangganya.

Ziana ditemui selepas sebutan kes perceraiannya dengan suami, Armin Zaharin Ahmad Zambri, 53, di Mahkamah Syariah Shah Alam, hari ini.

ARMIN TAK MENGAKU SALAH

Pada sesi berasingan pada sebelah pagi, Armin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini atas pertuduhan pindaan sengaja menyebabkan luka dan lebam pada anak lelaki mereka, Februari lalu.

Armin membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin.

Mengikut pertuduhan pindaan bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, tertuduh didakwa sengaja menyebabkan luka dan lebam ke atas anak lelaki berusia sembilan tahun dengan menggunakan rotan di bahagian tangan.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di rumahnya di Denai Alam, dekat sini, antara jam 8 malam hingga 10.30 malam 24 Februari lalu.

ANAK TRAUMA

Mendirikan rumah tangga pada Mei 1998, Armin dan Ziana dikurniakan empat cahaya mata iaitu Muhammad Aiman, 19, Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9.

Pada 3 April lalu, Ziana memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Shah Alam selepas Armin dikatakan enggan melepaskannya secara baik.

Ziana atau nama sebenarnya, Siti Roziana Zin mengaku sedih apabila anak-anak meluahkan perasaan termasuk gembira tidak lagi tinggal serumah dengan bapa mereka.

Trauma dan tertekan dengan kemelut rumah tangga dihadapi ibu bapa, semua anak penghibur terkenal, Ziana Zain mengikuti rawatan psikiatri.

Mendedahkan perkara itu, Ziana berkata, dia membawa keempat-empat anaknya mendapatkan rawatan psikiatri atas nasihat doktor selepas melihat mereka murung dan tertekan.

Tambah Ziana, anak-anak menjadi takut sehingga enggan makan sekali selain bimbang dimaki termasuk ketika berada di khalayak ramai.

"Salah seorang anak terpaksa mendapat rawatan dan dirujuk ke psikitri selepas menghidapi simptom kemurungan sejak umur 14 tahun," 

"Anak-anak ada yang suka berdiam dan bersendirian... Mereka trauma dengan apa yang dilalui.

"Saya sentiasa bertanya mereka. Syukur apabila anak-anak berkongsi, baru kita tahu mereka pendam perasaan selama ini... Mereka diam kerana takut,"

"Bayangkan anak sulung dan kedua saya enggan diajak makan di luar. Ini kerana tidak sanggup dimarah dan diherdik sesuka hati.

"Malah, mereka mengaku tidak sanggup lihat saya dimarahi tanpa sebab dan punca," 

"Mereka (anak-anak) tanya sampai bila terpaksa menanggung dan menyatakan tindakan Armin tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang bergelar suami atau bapa.

"Mereka beritahu saya, Ma don't died,"

Pelakon dan penyanyi popular ini mendakwa perbuatan keras yang dilakukan suaminya meninggalkan kesan mendalam terhadap anak-anak.




TEKAD BERPISAH

Bercerita lanjut, Ziana berkata, dia nekad berpisah kerana tidak dapat terus mempertahankan tembok kesabaran diri.

Tambah Ziana, rasa perit itu dissembunyikan kerana enggan orang luar menghidu apa yang dilaluinya termasuk keluarga.

"Bayangkan, selama 20 tahun saya pendam rapat dan kemas dalam hati. Saya tidak berkongsi derita yang saya tangguh meskipun melalui pelbagai dugaan sejak fasa awal perkahwinan.

"Saya dididik bapa supaya pertahankan perkahwinan dan menjaga rumah tangga serta jangan bercerita kepada sesiapa,"

"Tiada siapa tahu kerana saya diajar ibu bapa agar tidak menceritakan hal rumahtangga,"

HIDUP MENDERITA, UMPAMA NERAKA

Ziana mengaku hidupnya menderita hingga menangis setiap kali tiba di pagar rumah dengan hati meronta ketika melangkah masuk serta berdepan suami.

Menurutnya, setiap kali selesai bekerja, dia seolah- olah trauma untuk pulang ke rumah.

Ziana berkata, netizen dan masyarakat boleh bercakap apa saja kerana mereka tidak melalui apa yang dihadapinya selama dua dekad.

"Katalah apa saja... Saya doakan anda tidak melalui apa yang saya hadapi kerana ia bukan satu liku hidup yang mudah.

"Bayangkan saya simpan semuanya dalam diri kerana sayangkan keluarga, namun semua itu tidak dihargai. Demi hidup yang lebih tenang untuk saya dan anak-anak, maka saya bertindak (memohon cerai)," 

"Melihat pagar pun saya dah meraung. Kalau orang lain rumahku syurgaku, tetapi bagi saya dan anak- anak, rumahku nerakaku," 

TAHAP KESABARAN SUDAH MAKSIMUM

Menurut artis berkenaan, dia  tidak menyangka  penderaan mental dihadapinya itu meleret sehingga perkahwinan mereka berusia 20 tahun.

Tambah Ziana, dia tidak percaya dirinya mampu  bersabar sehingga kemuncaknya. Kata Ziana, ibu dan bapa saudara Armin juga seolah-olah tidak menyangka dengan tahap kesabarannya.

"Bayangkan bagaimana saya menghadapinya. Tahap kesabaran saya sudah maksima,"

"Saya manusia paling sabar kalau orang lain anak pertama boleh cerai, saya boleh tunggu lagi dengan apa yang dia buat kepada saya,"

"Kalau mak saudara cakap, Kau boleh sabar Rozie? Sabar betul kau Rozie?

"Jadi maksudnya apa?" 



ARMIN TAK KERJA, TAK BERTANGGUNGJAWAB

Menurutnya, sejak tidak lagi berkhidmat dengan Malaysia Airlines (MAS) tiga tahun lalu, Armin tidak mempunyai inisiatif untuk mencari pekerjaan bagi menampung perbelanjaan keluarga.

Semua perbelanjaaan ditanggung oleh Ziana Zain.

"20 tahun saya berbakti kepadanya. Beri yang terbaik untuk dia. Walaupun bekerja, saya tetap memasak untuknya dan anak- anak.

"Jangan dia cakap saya tidak menjalankan tanggungjawab, tanya diri dia, apa tanggungjawab dia terhadap saya dan keluarga,"

"Saya anggap ini rezeki, namun apabila dia buat saya macam ini, saya tidak akan tunggu lagi," katanya.

"Semuanya saya. Dia duduk rumah hisap rokok dan ambil anak sekolah sahaja,"

ARMIN TANYA SOAL ANAK

Pada sebutan kes perceraian pasangan itu, Armin membangkitkan soal penjagaan anak.

Mengulas perkara itu, Ziana berkata, dia tidak membenarkan anak-anak berjumpa Armin kerana mereka adalah saksi kes penderaan suaminya yang sedang dalam prosiding.

Sumber: BH / Sinar



Sumber : berita memey
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close