Viral Wanita Islam Panama Dance Di Pejabat. Ni Teguran BERANI Imam Muda Fakhrul Buat Ramai TERPANA

Viral Wanita Islam Panama Dance Di Pejabat. Ni Teguran BERANI Imam Muda Fakhrul Buat Ramai TERPANA | Saya Luv Islam – Viral video wanita-wanita Islam bertudung di pejabat galak buat panama dance siap ajak orang ramai join sekali. Melihat keadaan seperti ni, ini teguran berani Imam Muda Fakhrul buat ramai terpana. Allahu.

HUKUM MENARI PANAMA DANCE

Ada orang mesej saya sambil menunjukkan video orang menari beramai-ramai di hospital dan pejabat-pejabat. Panama dance katanya. Sambil bertanya hukum.

Tepuk dahi juga saya melihatnya..

Saya kata. Menari ni banyak hukum. Wajib, Harus dan Haram..

Wajib kalau suami suruh.. Seronok dapat..pahala pun dapat..

Harus kalau sorang-sorang atau sama-sama kawan-kawan sejenis.. atau sesama mahram. Itupun kalau cara tarian dan tempat yang tidak menimbulkan fitnah.

Haram kalau menari dengan bukan mahram samada berdua atau beramai-ramai.

PERTIKAI HUKUM?

Orang kata pulak.. “Haram tang mana pulak ustaz oii!!”.. Oit..Tu yang kamu dok lenggok badan, pusing-pusing punggung,lompat terselak kain-kain tu tak jelas ke haramnya?. Perlu dalil Quran Hadith ke?.

“Alaaaahhhh…nak seronok lepas stress skit pun tak boleh!”… Apa kata kita seronok sampai masuk syurga. Confirm tak stress kat sana.😀😀

Lagi satu janganlah buat caption.. “kami sudah berpanama dance ramai-ramai ni, korang bila lagi?”. Kita buat benda haram, jangan ajak orang lain sama ya. Buat trend tu biarlah trend yang kita dapat pahala, pahala orang lain pun kita dapat sama..

ISLAM ITU MUDAH TAPI JANGAN BERMUDAH-MUDAH ..

Sempena Hari Wanita ni rasa nak berpanama dance je dengan isteri terchenta!!☺

Sumber: Saya Luv Islam via IM Fakhrul

The post Viral Wanita Islam Panama Dance Di Pejabat. Ni Teguran BERANI Imam Muda Fakhrul Buat Ramai TERPANA appeared first on SAYALUVISLAM.



Sumber : sayaluvislam
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close