Satu Hari Dapat Panggilan TAK TERSANGKA. Bila Tanya Ibu Rilek Je Ibu Cakap Yang Dia…

Satu Hari Dapat Panggilan TAK TERSANGKA. Bila Tanya Ibu Rilek Je Ibu Cakap Yang Dia… | Saya Luv Islam – Salam admin. Terima kasih sebab approve cerita aku ni. Tak yah tau nama aku sapa. Tolong hide profile ye. Aku bagi cerita ni kat admin sebab saja tak mahu orang tahu siapa aku. Kalau tau tak best la pulak kan. Yang korang perlu tau, aku ni lelaki dan tak kahwin lagi. Hihi.

CITA-CITA NAK JADI POLIS TAPI…

Sejak kecik aku memang minat nak jadi polis. Sebab bila aku nampak pakcik aku polis dia sangat cool. Bila jumpa ada je nasihat dia bagi. Tambah lagi waktu tu popular cerita Gerak Khas kan. Lama simpan mimpi tu. Tapi apakan daya, ketika umur aku menjejak 16 tahun, mata aku jadi rabun. Ye lah, masak kecik dulu pakcik tu kata kalau nak jadi polis, mata kena elok, takleh pakai spek.

Untuk capai cita-cita punya la aku tengok TV jauh-jauh, makan banyak lobak merah dan banyak hadam makanan sumber vitamin A. Tapi dah takdir kan. Tak leh nak salahkan sesiapa. Mungkin sebab memang dah ada dalam DNA. Mak ayah aku memang dua-dua pakai spek mata huhu.

Waktu tu aku baru masuk MRSM. Bila periksa di kedai mata, power dah dekat 300. Agak tinggi juga la. Walau cita-cita nak jadi polis tu macam dah berkubur, tapi aku tetap rajin belajar dan alhamdulillah lepas dapat keputusan SPM dapat la masuk universiti. Di universiti pulak aku memang cemerlang.

BERKAT DOA MAK

Takde la sampai CGPA 4.0 tapi dapat la CGPA 3.4 dan ada la beberapa semester dapat dean’s list. Lepas graduasi aku ingat senang je dapat kerja dengan result aku yang agak okay ni kan. Tapi lepas 2 bulan cari kerja, tak dapat-dapat lagi. Aku mula cuak. Aku hampir putus asa.

Tak lama kemudian, terbaca pulak iklan PDRM mencari inspektor baru. Tapi aku pandang acuh tak acuh je la iklan tu kan. Tapi mak kata cuba je mintak mana tau ada rezeki. Sebab mak yang kata aku pun minta. Memang tak berharap apa-apa pun. Cuma cuba jaya je. Tapi dalam hati memang berdoa agar ada keajaiban berlaku. Allah.

Satu hari lepas aku balik dari masjid, tiba-tiba aku dapat panggilan dari nombor yang tak dikenali. Nak angkat ke tak. Al maklum la sekarang ni banyak nombor scam. Bila angkat je aku terkejut bila individu yang buat panggilan tu bagitau nama aku telah disenarai pendek dan tanya ada dapat surat ujian PDRM tak di rumah.

Aku pun ya ya ya dan terus pecut balik rumah. Sampai rumah, terus cari surat kat peti pos, surat tak sampai lagi. Lepas 3 hari dari panggilan tu baru surat tu sampai. Aku bagitau mak. Mak hanya bagitau, “InsyaAllah makbul doa mak”.

Rupanya selama ni mak banyak berdoa untuk aku. Ada beberapa siri ujian dan alhamdulillah aku lulus semua ujian dan ujian yang terakhir ni amat menakutkan aku.

UJIAN TERAKHIR YANG BUAT AKU SANGAT CUAK

Sebab ianya ujian berkaitan fizikal. Kalau badan aku memang ok je. BMI (body mass index) dah ideal sangat dah. Dulu-dulu aku memang aktif sukan. Sekarang ni pun sama je. Tapi bab mata la akan buat aku gagal. Dalam kecuakan aku tu, member baik kata cuba buat LASIK untuk rawat rabun jauh.

Aku terkedu, “LASIK? Mende LASIK tu. LASER aku tau la. Tapi LASIK ??” (okay tak lawak).

Tapi memang macam tu la respons aku bila dengar cadangan kawan aku tu. Rabun boleh jauh boleh rawat ke. Tak tahu pulak selama ni. Lepas aku belajar dari Encik Google dan tanya-tanya orang, fahamlah aku, yang aku je la katak di bawah tempurung huhu. Rabun jauh boleh dirawat rupa-rupanya dengan teknik LASIK.

RABUN JAUH BOLEH DIRAWAT DENGAN TEKNOLOGI LASIK DI PAKAR MATA ABD RAZAK

Aku pun cari pakar mata berdekatan dan kebetulan aku tinggal di Gurun, Kedah dan paling dekat adalah Pusat Pakar Mata Abdul Razak di Sungai Petani. Lepas telefon dan buat saringan awal mata, alhamdulillah mata aku sesuai. Bab tu selesai. Yang tak selesainya bab duit.

Aku ni bukan kaya pun. Mak ayah aku pun biasa-biasa je. Lepas berdiskusi dengan staf klinik tu, rupanya untuk rawatan LASIK ni boleh bayar ansuran dengan syarat aku kena ada kad Mastercard dari Maybank. Alhamdulillah dipermudahkan urusan.

Aku nak cepat-cepat buat rawatan LASIK ni, sebab dalam masa sebulan lagi je ada ujian fizikal untuk kemasukan PDRM. Terima kasih kepada staf Pusat Pakar Mata Razak sebab sangat memahami. Selepas beberapa hari menunggu, akhirnya masa yang ditunggu pun sampai.

Pada mulanya, cuak gak la bila mata nak kena laser kan.. tapi serius, masa prosedur LASIK tu aku tak perasan masa berlalu dengan pantas. Borak borak dengan Doktor Razak tu, tau-tau dah selesai. Dekat 30 minit je prosesnya. Cepatnya. Alhamdulillah.

MATA YANG DULU RABUN DAH CERAH

Aku cuba spek mata tapi… Bila buka mata je, ah cerahnya duniaaaaa. Memang tak sangka lepas rawatan LASIK tu terus je dapat tengok dunia. Walau mata ada rasa sedikit berhabuk, tapi lepas seminggu semua jadi ok. Makin selesa dengan “mata baru”. Alhamdulillah. Dan tak berapa lepas tu aku ada ujian fizikal PDRM.

Dan alhamdulillah aku berjaya ujian terakhir tu tu dan lepas tamat latihan di PULAPOL, sekarang tengah berkhidmat di Unit Trafik PDRM di sebuah daerah di Perak. Alhamdulillah.

Betul la orang kata. Doa dari ibu tu sangat mustajab. Siapa sangka cita-cita aku sejak kecil lagi alhamdulillah telah tercapai. Ada hikmahnya. Terima kasih ibu.

Sekarang harga untuk rawatan LASIK untuk kedua-dua belah mata adalah RM5,500 sahaja. Kalau korang teringin nak buat rawatan LASIK, boleh hubungi Puan Zahirah >> www.wasap.my/60124358181, call 04-440 4368 / 012-435 8181 atau boleh singgah di page FB mereka untuk maklumat lanjut https://www.facebook.com/pusatpakarmata.lasikabdulrazak/



The post Satu Hari Dapat Panggilan TAK TERSANGKA. Bila Tanya Ibu Rilek Je Ibu Cakap Yang Dia… appeared first on SAYALUVISLAM.



Sumber : sayaluvislam
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close