Bumbung Terbang Di SK Danau Kota. Murid Menangis Peluk Cikgu. Ada Video.

KUALA LUMPUR – Murid-murid Sekolah Kebangsaan (SK) Danau Kota 1 menangis ketakutan apabila melihat bumbung sekolah mereka tercabut semasa angin kencang dan hujan lebat hari ini.

Dalam kejadian 3 petang itu, beberapa kepingan bumbung bangunan sekolah itu diterbangkan angin ketika kira-kira 100 murid Tahun Satu hingga Tahun Tiga sedang belajar pada sesi persekolahan petang.

Murid Tahun Tiga, Qistina Batrisya Syazwan Izzat berkata ada rakan sekelasnya menangis kerana terkejut melihat bumbung yang besar itu jatuh.

“Saya tengok bumbung terbang… kemudiannya saya peluk cikgu dan duduk di belakang pintu kerana takut,” katanya kepada Bernama di sini.

Seorang bapa, Muhd Azizul Dahali, 31, berkata anaknya Mohd Azrul Syafiq,7, turut menangis dan trauma selepas melihat kejadian itu.

“Saya tahu kejadian dalam pukul 3, ketika itu guru-guru maklum melalui aplikasi WhatsApp dan meminta kami ambil anak masing-masing.

“Saya terus bergegas keluar pejabat untuk mengambil anak saya yang ketika itu sedang menangis mungkin dia masih teringat kejadian bumbung terbang itu,” katanya.

Sementara itu, seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Mohamad, berkata ketika kejadian beliau melihat kepingan bumbung berterbangan sebelum jatuh menghempap kolam yang terletak di antara dua bangunan sekolah berkenaan.

“Ketika itu hujan lebat dan angin kencang, saya sendiri lihat bumbung itu tiba-tiba terangkat sebelum terbang dan jatuh.

“Nasib baik bumbung itu terus jatuh, kalau ia melayang masuk ke kelas memang akan ada pelajar yang cedera,” katanya.

Terdahulu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Khiruddin Rahman berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Tinjauan Bernama mendapati guru-guru bertindak segera menempatkan murid di kawasan dewan bagi memastikan mereka selamat sebelum ibu-bapa datang mengambil anak masing-masing.

VIDEO KEJADIAN RIBUT SK DANAU KOTA 1

Sumber: BERNAMA via Mynewshub

The post Bumbung Terbang Di SK Danau Kota. Murid Menangis Peluk Cikgu. Ada Video. appeared first on SAYALUVISLAM.



Sumber : sayaluvislam
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close