Wanita “MATI” Cuba Keluar Dari Keranda. 11 Hari Kemudian Terjadi “SESUATU” Buat Ramai TERKEJUT

Wanita “MATI” Cuba Keluar Dari Keranda. 11 Hari Kemudian Terjadi “SESUATU” Buat Ramai TERKEJUT | Saya Luv Islam – Seorang wanita dikebumikan selepas disahkan mati kerana sakit jantung. Tak lama kemudian, orang kampung terdengar bunyi ketukan dari keranda di kubur. Selepas 11 hari, 500 orang penduduk berkumpul dan membuka kembali kubur dan terkejut apabila temui “sesuatu”.

MATI HIDUP SEMULA

Setiap yang hidup pastinya akan mati dan setiap yang mati pastinya akan disemadikan. Namun lain pula yang telah terjadi baru-baru ini apabila ‘mayat’ yang dikebumikan rupa-rupanya masih hidup.

Baru-baru ini, menurut The Sun, seorang wanita yang telah disahkan meninggal kembali hidup dan bertarung nyawa di dalam keranda selepas 11 hari disemadikan di tanah perkuburan dekat Riachao das Neves, Brazil.

TETAPI MATI KERANA TERKURUNG DALAM KERANDA

Wanita yang dikenali sebagai Rosangela Almeida dos Santos ini dilaporkan dengan sedaya upaya cuba melepaskan dirinya dari keranda yang telah dipaku rapi dan dikebumikan di dalam konkrit.

Namun malangnya, wanita berusia 37 tahun itu dilaporkan meninggal dunia kerana lambat diselamatkan.


PENDUDUK BUKA KERANDA. PENEMUAN MENGEJUTKAN

Difahamkan, penduduk di sekitar tanah perkuburan itu telah terdengar bunyi dari tempat Rosangela disemadikan selepas 11 hari dan memaklumkan kepada keluarganya. Seramai 500 orang datang untuk melihat, merakam dan menyelamatkan Rosangela.

“Mayat Rosangela masih panas, tak sejuk langsung.”

Selain itu, kedua-dua belah tangan dan dahi mangsa didapati mengalami kecederaan dipercayai sewaktu cuba melepaskan diri dari keranda tersebut. Bukan itu sahaja, dia juga dijumpai dalam keadaan berdarah kerana kecederaan yang dialaminya selepas cuba mengumpil paku dari keranda tersebut.

“Dia cuba buka pintu keranda. Paku di keranda pun dah longgar.”

Natalina Silva, penduduk di kawasan tersebut memberitahu bahawa dia telah terdengar bunyi ketukan dari dalam keranda dan menganggapnya sekadar gurauan daripada kanak-kanak yang sering bermain di kawasan itu.

Walau bagaimanapun, dia kemudian terdengar bunyi orang mengerang sebanyak dua kali sebelum suasana bertukar sunyi.

Pada awalnya, Rosangela telah disahkan meninggal dunia kerana septic shock dan serangan jantung. Pengebumiannya telah diadakan dan dia telah disemadikan semula pada 28 Januari 2018 oleh ahli keluarganya.

SIASATAN POLIS

Pihak polis dilaporkan telah mula menjalankan siasatan selepas mendapat aduan daripada ahli keluarga Rosangela. Mereka kini sedang giat soal siasat dan mendapatkan dokumen yang sepatutnya daripada pihak hospital.

Macam mana boleh silap kebumi ni alahaiiii….

Sumber: Saya Luv Islam via Lobak Merah

The post Wanita “MATI” Cuba Keluar Dari Keranda. 11 Hari Kemudian Terjadi “SESUATU” Buat Ramai TERKEJUT appeared first on SAYALUVISLAM.



Sumber : sayaluvislam
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close