Viral Pernah Jadi Ketua Projek NASA. Ini Respons Dr Wardatul Amani Yang Buat Ramai WOW

Viral Pernah Jadi Ketua Projek NASA. Ini Respons Dr Wardatul Amani Yang Buat Ramai WOW | Saya Luv Islam – Hebat wanita Malaysia ni. Pernah jadi ketua projek NASA. Bukan calang-calang. Tapi pengorbanannya memang perit sekali. Tiada jalan mudah. Jom baca dan kongsikan. Semoga jadi inspirasi. Ada gambar2.

MULA KERJA JADI PENCUCI KANTA DI MAKMAL SAINS

Setiap daripada kita pastinya mempunyai cita-cita tersendiri. Akan tetapi, ada kalanya kita mudah berputus asa dek tohmahan dan perkara negatif yang membelenggu diri.

“Kita perlu sanggup bermula daripada bawah,” nasihat mantan ketua projek di NASA (National Aeronautics and Space Administration) pertama di Malaysia, Dr Wan Wardatul Amani Wan Salim kepada anak muda yang bercita-cita tinggi.

Mengimbas kembali pengalaman lampau, di usia 18 tahun pada 1997, beliau mengambil keputusan berhijrah ke Amerika Syarikat untuk mendalami bidang sains dan teknologi dengan bekerja sebagai pencuci kanta di sebuah makmal sains.

Pengembaraan jauh dari kampung asalnya di Gelugor, Pulau Pinang dengan meninggalkan ahli keluarga nyata berbaloi.

Menurut beliau, ”Dalam Islam kita percaya, seseorang yang bermusafir mempunyai keberkatan.”

Atas semangat itu, beliau mengambil peluang tersebut untuk belajar dan menimba pelbagai pengalaman.

MULA TERLIBAT DENGAN NASA

“Kita jangan memandang rendah terhadap diri sendiri jika bermula daripada bawah kerana daripada situ, kita mampu melangkah lebih jauh.

“Pada zaman itu, sistem internet baru sahaja muncul. Pada waktu itu juga, saya mempelajari pelbagai perisian dan berkomunikasi dengan pakar-pakar di NASA.”

Kerana sikapnya yang tidak berhenti belajar selain menonjolkan komitmen tinggi, beliau diberi peluang mengendalikan kajian Gravitat bersama pakar-pakar di NASA.

DIBERI PELUANG SELEPAS 17 TAHUN

Bertitik-tolak daripada situ, akhirnya beliau diberi kepercayaan untuk memegang jawatan sebagai Ketua Projek SporeSat pada tahun 2014.

“Ramai orang melihat kejayaan saya sebagai ketua projek di NASA tetapi ramai tidak tahu kesabaran dan jalan yang perlu dilalui sebelum mendapat jawatan tersebut.”

Beliau berkata, minat yang mendalam mampu menguatkan diri apabila berdepan pelbagai cabaran.

Di NASA, segala hasil kajian akan dipersembahkan kepada masyarakat umum untuk meningkatkan pemahaman sains dan teknologi kepada masyarakat.

“Saya paling suka apabila berjumpa dengan masyarakat untuk membentangkan kajian yang telah dilakukan.”

Wan Wardatul Amani kini berkhidmat sebagai pembantu profesor di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan merupakan salah seorang jurucakap TEDxKL.

Sumber: Saya Luv Islam via Astro Awani

DR WAN WARDATUL AMANI. SAINTIS NASA ANAK PULAU PINANG MEMILIH MALAYSIA BERBANDING BINTANG

Mungkin ramai yang tidak mengenali beliau, Dr Wan Wardatul Amani Wan Salim seorang pakar satelit yang pernah berkhidmat dengan NASA dan kini bertugas di IIUM, Gombak.

Seawal umur 36 tahun, beliau telah mengetuai projek nanosatelit NASA. Salah satu projek NASA untuk sampai ke planet Marikh. Beliau juga mencipta teknologi sensor baru dan mengetuai 28 orang saintis yang lain bagi pembinaan satelit yang telah dilancarkan ke angkasa.

Anak kepada mufti Pulau Pinang, Dr Wan Salim Wan Mohd Noor ini merupakan rakyat Malaysia pertama diberikan projek besar di NASA.

Beliau akhirnya memilih untuk pulang berkhidmat di Malaysia, dan telah mencipta satu alat teknologi sensor untuk mengukur kualiti air. Inovasi ini kata beliau, inspirasi daripada bencana banjir yang sering melanda Malaysia.

Inilah contoh tokoh yang perlu kita angkat untuk diambil inspirasi ketimbang figur hiburan atau individu yang tidak beradab.

Kerja pertama beliau? Pencuci piring gelas dan penutup piring untuk mikroskop.

The post Viral Pernah Jadi Ketua Projek NASA. Ini Respons Dr Wardatul Amani Yang Buat Ramai WOW appeared first on SAYALUVISLAM.



Sumber : sayaluvislam
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close