Trump Dakwa Dirinya GENIUS. Alasannya Buat Ramai TERGELAK

Trump Dakwa Dirinya GENIUS. Alasannya Buat Ramai TERGELAK | Saya Luv Islam – Lama berita Trump sepi, tiba-tiba beliau dakwa dia seorang genius dalam satu wawancara terbaru. Alasannya buat ramai tergelak. Adoi.

GENIUS SEBAB MAKANAN ?

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mendakwa dirinya sebagai seorang genius dan hanya mengambil makanan berkualiti.

Ketika ditanya mengenai kesihatan dan tahap kecergasan yang didakwa lemah, Trump dalam wawancara oleh rangkaian televisyen ITV berkata, beliau seorang genius.

Dalam wawancara itu, Trump turut ditanya mengenai pengambilan makanan segera seperti burger dan minuman berkarbonat Coca Cola.

“Saya hanya mengambil makanan terpilih, dari kalangan chef terbaik dunia. Saya mengambil makanan sihat dan ada kalanya menikmati makanan segera.

“Saya rasa saya memiliki tabiat pemakanan yang agak bagus,” katanya.

Beliau juga bersedia menimbangkan kemungkinan untuk menetap di Paris tetapi ia perlu memberi manfaat kepada Amerika Syarikat. – Reuters

Sumber : Saya Luv Islam via Berita Harian

TRUMP TAK GILA

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump tidak mempunyai sebarang isu kognitif atau mental dan dijangka kekal cergas sepanjang tempoh pentadbirannya, kata doktor.

Dr Ronny Jackson pada sesi taklimat media berhubung pengumuman laporan itu berkata, kesihatan presiden berusia 71 tahun itu amat memuaskan.

“Semua data menunjukkan beliau sihat dan akan kekal begitu sepanjang tempoh pentadbirannya.

“Trump mempunyai gen hebat dan Tuhan menjadikan beliau begitu,” katanya yang bertugas sebagai doktor di Rumah Putih.

Jackson berkata, Trump yang baru-baru ini berhadapan spekulasi mengenai kecergasan mentalnya, meminta ujian kognitif dijalankan ke atasnya dan hasil pemeriksaan menunjukkan tahap kesihatannya amat memuaskan.

“Saya rasa dia melihat pemeriksaan kesihatan ini sebagai peluang untuk menyangkal dakwaan.

“Trump tidak bimbang kerana tiada apa yang hendak disembunyikan,” katanya.

Menurutnya, dalam ujian Penilaian Kognitif Montreal, Trump memperoleh mata penuh iaitu 30/30.

“Dia jelas tidak mempunyai sebarang isu kognitif atau mental,” katanya.

Selain itu, Jackson berkata, berdasarkan pengetahuannya, ini adalah kali pertama presiden yang masih berkhidmat menjalani penilaian seumpama itu.

Sebelum ini timbul spekulasi mengenai tahap kesihatan mental pemimpin itu selepas dia beberapa kali dilihat bersikap luar biasa .

Sumber: Harian Metro

The post Trump Dakwa Dirinya GENIUS. Alasannya Buat Ramai TERGELAK appeared first on SAYALUVISLAM.



Sumber : sayaluvislam
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close