"Tergamam Dapat Berita Ini.. Jantung Saya Rasa Macam Nak Luruh " - Ogy Ahmad Daud
Hari ini pelakon yang popular menerusi filem Ali Setan iaitu Azmil Mustapha telah disahkan meninggal dunia.
Allahyarham Azmil telah menghembuskan nafas terakhir di rumahnya yang terletak di Shah Alam.
Sebelum ini, Azmil sememangnya ada datang ke hospital kerana komplikasi sakit jantung.
Antara artis yang terkesan dengan berita pemergian Azmil Mustapah ini sudah tentulah rakan artisnya iaitu Fauziah Ahmad Daud.
Fauziah Ahmad Daud atau lebih mesra disapa Kak Ogy telah menulis berita tentang pemergian Azmil Mustapha di laman medianya.
Ini tulis Ogy Ahmad Daud:
"Dia Dah Tak ada.. Sahabat Ku Dah Dipanggil Pulang Olih Ya Khaliq..
"Tergamam Mendapat Berita Ini.
"Azmil.. Aku Akan Merindui Mu Sebagai Seorang Abang, Rakan Lakon Dan Sahabat Dunia Dan Akhirat..
"Aku Mendoakan Kau Ditempatkan Didalam Golongan Orang Yang Beriman Dan Disayangi Allah.. Aamiin
"Al Fatihah Buat Tuan Haji Azmil Mustapha
Ogy Ahmad Daud menyifatkan Allahyarham Azmil Mustapha sebagai individu yang menyenangkan dan tidak pernah bercerita buruk mengenai orang lain.
Katanya lagi, Azmil sudah dianggap sebagai seorang abang dan dia antara individu yang menyokongnya ketika Ogy di awal penghijrahan dahulu.
Ini komen Ogy:
"Dia sudah macam abang saya. Sepanjang saya mengenalinya, dia tak pernah menyusahkan orang dan tak letak dirinya sebagai orang hebat.
"Semasa awal penghijrahan saya dahulu, dia orang pertama yang ketuk pintu rumah saya dan menyokong apa yang saya lakukan (bertudung). Walaupun saya masih aktif dengan industri seni, dia tak pernah memberi kecaman atau bercakap buruk di belakang.
"Sebaliknya, dia buat saya lebih faham mengenai agama dan banyak mengajar saya mengenai keindahan Islam. Dia sanggup hidup bersusah tanpa duit dan harta kerana mencari keredaan Allah,"
Sementara itu, Ogy berkata dia terkejut dan seakan-akan tidak percaya apabila dimaklumkan oleh adiknya mengenai kematian Azmil.
Ini komen Ogy lagi;
"Apabila dapat berita daripada adik saya, jantung saya rasa macam nak luruh, tak percaya Azmil sudah tiada.
"Selepas ini saya pasti akan merindui gelak tawa dia. Sekarang ini sudah tiada lagi orang yang akan memanggil saya dengan nama Asmidar.
"Kali terakhir kami bertemu tahun lalu di kediaman saya dan ada berhubung melalui telefon pada bulan lalu,"
Azmil Mustapha meninggal dunia sekitar pukul 12.40 tengah hari di kediamannya di Seksyen 9, Shah Alam, Selangor pada Rabu.
Jenazah dibawa ke Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah Alam untuk urusan serta solat jenazah dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam, Selangor selepas waktu Asar.
Untuk pengetahuan, Ogy dan Azmil pernah bergandingan sama dalam beberapa filem antaranya Ali Setan, Suara Kekasih, Gadis Hitam Putih dan Dewi Cinta.
Bagaimanapun filem Ali Setan arahan Tan Sri Jins Shamsuddin yang menggandingkan mereka berdua telah menjadi hit dan mencatatkan kutipan box office.
Takziah buat keluarga Azmil Mustapha. Mari doakan arwah.
Sumber: mStar
Sumber : berita memey
loading...
loading...
Blogger Comment
Facebook Comment