Sampai Kena Bomoh, Fatin Afeefa Balas Tuduhan Bekas Suaminya, Adam Shahz

 
Secara tiba-tiba pasangan suami isteri yang telahpun bercerai iaitu Adam Shahz dan juga Fatin Afeefa menjadi tumpuan ramai.

Ini ekoran dakwaan dari Adam Shahz bahawa dirinya telah dibomoh oleh bekas isterinya itu.

Pendedahan dari Adam Shahz di laman media sosial itu amat mengejutkan ramai.

Menjawab dakwaan berkenaan, pelakon Fatin Afeefa akhirnya tampil memebri respon balas.

Fatin Afeefa yang merupakan pelakon dalam drama Red Velvet, ingin bertanya kepada bekas suaminya itu, siapakah wanita yang dimaksudkan oleh aktor itu dengan menuduh seorang wanita telah menyihirnya?

Pelakon cantik ini berkata dia tidak pernah melakukan perbuatan syirik itu selain mahukan kepastian kenapa bekas suaminya itu membuat tuduhan berkenaan dengan mengaitkan namanya.

Ini komen Fatin Afeefa:

"Bomoh tu apa? Saya tinggal di Subang (Selangor), tidak kenal bomoh-bomoh ni. Lagi pula saya sibuk dengan kerja sekarang.

"Saya tidak pasti siapa yang dia tujukan dan mungkin anda kena tanya dia dulu,"

Fatin Afeefa diminta mengulas tentang pendedahan yang dibuat oleh bekas suaminya yang juga pelakon Adam Shahz di Instagram bahawa dirinya pernah dobomohkan oleh bekas isteri.

Adam Shahz dikatakan telah mendakwa dia menjumpai beberapa barang pelik di dalam keretanya ketika mereka masih bergelar suami-isteri.

Ini antara pendedahan dari Adam Shahz:

"Yes!!! Saya pernah dibomoh oleh ex-wife saya. Dia cuba perbodohkan saya bila saya tahu kecurangan yang dia lakukan.

"Kau tahu kebenaran, kau tahu dosa pahala yang dibuat. Jangan letak kesalahan pada orang lain. Allah SWT maha adil kerana statement bodoh kau cuba malukan keluarga aku,"

Sementara itu, Adam berkata, dia mempunyai bukti kukuh atas segala dakwaan yang dibuat itu.

"Saya tidak takut kalau dia ambil tindakan kerana saya ada semua bahan bukti apa yang dilakukan selama ini. Salah satunya dalam gambar yang saya muat naik itu adalah bahan sihir yang saya jumpa dalam kereta,"

Sementara itu, Adam turut menafikan bahawa dia masih menganggu bekas isterinya itu biarpun selepas lapan bulan berpisah.

Tambahnya, kenyataan yang diberikan oleh Fatin Afeefa menerusi akhbar mingguan pada Ahad lalu telah mengaibkan diri dan keluarganya.

Ini komen Adam Shahz lagi:

"Dia sudah melampau dan kurang ajar kerana menuduh saya masih menganggu kehidupannya.

"Bagi saya itu tidak benar dan perkara itu telah mengaibkan saya dan keluarga,"

Ini beberapa foto pendedahan Adam di laman media sosial yang menjadi viral.




Untuk pengetahaun, Adam Shahz berkahwin dengan Fatin Afeefa pada 21 Disember 2013 dan mempunyai dua cahaya mata Adam Aisy Arrian, 4 tahun, dan Ivy Herra Sophia, 2 tahun.

Pasangan ini mengumumkan tekah berpisah dan bercerai dengan talak satu pada 30 Mei 2017 di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling.

Sumber: mStar

Sumber : berita memey
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close