Rupa-rupanya Amira Othman Ni Cemburu Teruk Sampaikan...



Nama penyanyi dan pelakon baru Amira Othman kini sedang meningkat naik.

Amira Othman terjebak dan mula melibatkan diri dalam industri seni melalui rancangan realiti Akademi Fantasia pada tahun 2013, sama batch dengan Nabila Razali dan kumpulan Azhael.

Dalam Akademi Fantasia musim 2013, Amira berjaya menduduki tempat ketiga dan sejak itu Amira mula menampatkan diri sebagai selebriti yang semakin dikenali.

Sepanjang perjalanan menceburi bidang seni ini, Amira jarang sekali dikaitkan dengan sebarang kontroversi termasuk kisah cintanya.

Rupa-rupanya Amira Othman ni seorang yang cemburu teruk sampaikan tak mahu kekasih dari industri.

Dalam satu temubual bersama Astro Gempak, Amira Othman mengakui mahu mengelakkan diri daripada bercinta sesama rakan artis.

Menurut Amira, dia mempunyai sikap cemburu yang agak kuat dan ini membuatkan dia lebih selesa untuk bercinta dengan individu yang tidak terlibat dalam bidang seni.

Ini pendedahan dari Amira Othman:

"Sebolehnya saya tidak mahu dan akan cuba mengelak daripada mempunyai teman lelaki dalam kalangan artis.

"Saya seorang yang cepat cemburu dan pasti sukar bagi saya untuk menghadapi perkara itu sekiranya teman lelaki orang industri

"Kalau boleh saya mahukan yang tiada kena mengena dengan bidang seni  dan buat masa sekarang saya masih berjumpa dengan insan yang sesuai lagi.

"Saya tidak mahu bercakap lebih-lebih mengenai perkara ini kerana mak saya selalu pesan, yang kita tak nak itulah nanti yang akan dapat,"

Amira berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran single terbaharu bertajuk Mimpi Indah di Flora Terrace, Kuala Lumpur, pada Selasa.

Lagu Mimpi Indah ini merupakan lagu ciptaan Hael Husaini dan diterbitkan oleh Edry Abdul Halim.

Sebelum ini, Amira popular menerusi lagunya yang menajdi hits iaitu Hati-hati dan juga Jaga-jaga.

Selain menyanyi, Amira juga hebat berlakon menerusi drama Abang Bomba I Love You dan juga drama Red Velvet.

Amira Othman juga merupakan kakak kepada penyanyi baru iaitu Irfan Haris.

Sumber: AStro Gempak

Sumber : berita memey
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close