Kronologi Lengkap Kes Pelajar Maut Bunuh Diri. iPhone Cikgu Ditemui. Bukan Dicuri Tetapi… | Saya Luv Islam – Pelajar yang bertarung nyawa akhirnya meninggal dunia. Ibu saudara mangsa berkata iPhone yang kononnya dicuri tu telah pun ditemui tetapi bukan pelajar tu yang curi tetapi….
KRONOLOGI KES PELAJAR BUNUH DIRI
Pelajar tingkatan 2 yang koma selepas mengantung diri dengan selendang akhirnya disahkan meninggal dunia selepas bertarung nyawa selama 7 hari.
Dan berikut adalah kronologi kejadian mengapa pelajar itu bertindak membunuh dirinya dan apa yang mendorongnya mengambil jalan itu;
1. M.Vasanthapiriya ialah seorang pelajar perempuan yang berusia 14 tahun dan berada di tingkatan 2 di sekolah SMK Metodist Nibong Tebal.
2. Pada 24 Januari lepas, M.Vasanthapiriya telah dituduh mencuri telefon Iphone milik cikgunya.
PELAJAR DIKURUNG DALAM BILIK SELAMA 5 JAM
3. Berita Daily melaporkan, “pelajar itu telah dibawa ke sebuah bilik dan dipaksa untuk mengaku telah mencuri sebuah telefon bimbit berjenama Iphone 6 milik cikgunya”.
4. “Pelajar itu juga telah dikurung dalam sebuah bilik selama beberapa jam dan tidak dibenarkan keluar rehat (makan),” lapor Berita Daily lagi. Sementara itu Free Malaysia Today pula melaporkan, “Seorang guru yang berusia dalam lingkungan 40 an telah menuduh pelajar itu mencuri telefonnya. Pelajar itu berulangkali menafikan. Kemudiannya seorang guru lain bertindak memukul belakang badan pelajar itu dihadapan rakan-rakan sekolahnya yang lain.
Pelajar itu juga telah dikurung hampir 5 jam tanpa sebarang makanan dan kebenaran untuk menggunakan tandas,” lapor portal itu.
5. “Selepas gagal menunjukkan bukti pelajar itu mencuri dan tidak menjumpai bahan bukti di badan pelajar tersebut, cikgu itu kemudiannya dilaporkan telah memalukan pelajar di hadapan rakan-rakan sekolahnya yang lain”, kata Berita Daily. Free Malaysia Today pula melaporkan, “Suami kepada guru tersebut hadir ke sekolah pada jam 6.45 petang dan pasangan itu mahu membawa (ugut) pelajar tersebut ke balai polis jika masih enggan mengaku telah mencuri telefon”.
PELAJAR DIHANTAR KE RUMAH
6. Kemudian, cikgu berkenaan bersama suaminya yang juga seorang cikgu telah menghantar pelajar tersebut pulang ke rumah ibu bapanya. Turut dilaporkan Berita Daily, tuduhan yang sama dilemparkan oleh cikgu tersebut dihadapan keluarga pelajar itu. Free Malaysia Today pula melaporkan, “sejurus tiba dirumah, remaja itu berlari masuk ke biliknya”.
7. Cikgu itu dan keluarga M.Vasanthapiriya kemudiannya keluar untuk berunding dan berbincang.
AYAH TEMUI ANAK TERGANTUNG BERSAMA NOTA
8. Selepas itu, keluarga M.Vasanthapiriya pulang ke rumah (pada waktu malam) dan menghampiri bilik anaknya. Beberapa kali pintu diketuk, dan nama anak dipanggil tetapi tidak disahut. Bimbang dengan keadaan yang mencurigakan itu, bapa kepada M.Vasanthapiriya kemudiannya bertindak memecahkan pintu bilik dan mendapati anaknya sedang tergantung (membunuh diri), lapor The Star. Free Malaysia Today melaporkan Muniandy Ratnam, 54 bapa kepada pelajar tersebut tiba dirumah jam 8.20 malam.
9. Ketika diselamatkan, pelajar itu masih lagi bernyawa dan dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.
10. M.Vasanthapiriya kemudiannya dimasukkan ke dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) dan pada awalnya dilaporkan dua organ utamanya separa berfungsi dan berada dalam keadaan koma. Bagaimanapun keadaannya semakin pulih dan stabil meskipun dirawat di ICU. Pada 29 Januari 2018, organ-organ penting M.Vasanthapiriya juga dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan berfungsi meskipun remaja itu bergantung pada mesin pernafasan.
“Mata dan otaknya agak lambat (respon). Tiada pergerakan kaki dan tangan. Kami mengharapkan keajaiban,” lapor Free Malaysia Today yang menulis kenyataan Muniandy Ratnam (bapa mangsa).
PELAJAR ALIR AIR MATA KETIKA KOMA
11. Menurut bapa M.Vasanthapiriya, pelajar itu mengalirkan air mata selepas dirinya bercakap dengan anaknya (pelajar itu dalam keadaan koma) ketika melawatnya di hospital pada 29 Januari 2018.
12. Dalam pada itu meskipun merasa sedih, Muniandy Ratnam sempat berpesan agar guru-guru lain tidak lagi melayan anak murid seperti layanan yang diterima anaknya.
“Jangan biarkan insiden ini berulang lagi. Semua cikgu perlu hormati pelajar. Walaupun apa pun keadaannya, SOP perlu dipatuhi. Saya tidak menuduh cikgu tersebut melakukan apa-apa kesalahan cuma ini nasihat saya kepada jabatan pendidikan dan guru-guru,” katanya seperti dilaporkan Free Malaysia Today.
PELAJAR AKHIRNYA MENINGGAL DUNIA
13. Namun, tepat jam 3.30 pagi, 1 Februari 2018, selepas beberapa hari bertarung nyawa, pelajar itu menghembuskan nafas terakhirnya dan pergi buat selama-lamanya.
14. Ketika ditemui dalam cubaan membunuh diri, nota bunuh diri turut dijumpai oleh ahli keluarga remaja itu.
NOTA DITINGGALKAN PELAJAR
15. “Cikgu saya tak curi telefon cikgu. Terima kasih mak, terima kasih abah, terima kasih nenek kerana menjaga saya selama ini. Saya benar-benar minta maaf,” katanya dalam nota bunuh diri itu.
16. Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia, cikgu yang terlibat dalam kes ini telah dipindahkan. Dengan perkembangan terbaru ini, kes berkenaan akan disiasat oleh Jabatan Pendidikan Pulau Pinang.
17. Keluarga mangsa juga telah membuat laporan polis dan mahu siasatan dijalankan serta tindakan tegas diambil terhadap pihak-pihak yang bertanggungjawab dalam insiden ini.
18. Dalam perkembangan berkaitan, seorang Doktor Psikologi, Shazeema Mashood Shah berkata pihak sekolah mesti menempatkan pegawai kaunselor terlatih di semua sekolah bagi menanggani kes pelajar yang bermasalah, kemurungan dan tertekan.
19. “Dalam kes M.Vasanthapiriya, pelajar itu berkemungkinan berada dalam keadaan tekanan melampau dan tidak tahu bagaimana nak menyelesaikan masalah tersebut dan akhirnya mendorong remaja tersebut untuk membunuh dirinya,” kata doktor psikologi tersebut seperti laporan Free Malaysia Today.
20. “Remaja sebenarnya berada dalam peringkat usia yang masih lemah dan tidak kuat untuk berhadapan dengan masalah. Bagi mereka kecil atau besarnya satu-satu masalah itu, ia seakannya tiada jalan penyelesaian. Sukar untuk kita tentukan apa yang remaja itu fikirkan (semasa memilih untuk membunuh diri) tetapi berkemungkinan dia merasakan tiada jalan ataupun cara terbaik untuk membuktikan dirinya tidak mencuri melainkan dengan membunuh diri,” kata Shazeema Mashood Shah lagi.
21. Sementara itu pihak polis mengesahkan siasatan telah dijalankan dan kes membunuh diri itu telah diserahkan kepada bahagian pendakwaraya untuk tindakan susulan.
TELEFON DAH JUMPA ?
22. Dengan nada sayu, sedih dan kecewa,ibu saudara mangsa mempersoalkan tindakan guru tersebut : “Telefon bimbit yang hilang kononnya dicuri mangsa dijumpai tercicir di kedai makan namun bagaimana dengan anak saudara saya yang kini sudah meninggal dunia?,” kata A Lalitha, 43 kepada pihak media.
23. Lalitha juga mempersoalkan sejak membuat laporan polis (jumaat lepas), pihak keluarga tidak menerima apa-apa panggilana daripada pihak polis dan wakil Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang.
24. Berulang kali Latitha berkata, telefon itu tercicir di kedai makan dan sudah pun ditemui tetapi anak saudaranya itu telah pun hilang nyawa kerana berasa sensitif dimalukan, diaibkan malahan dipukul dihadapan rakan sekolah yang lain.
25. KKM melalui menterinya S.Subramaniam berkata dalam satu respon segera, isu ini ujarnya harus menjadi iktibar buat semua terutamanya para guru dinasihatkan jangan sesekali mengambil tindakan sendiri sehingga melanggar SOP yang telah ditetapkan. Kematian telah berlaku, dan ini adalah tragedi. Pelajar 13 tahun telah mati tanpa sebab yang dapat dipastikan (insiden kecurian tidak dapat dibuktikan). Dan perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku.
Sumber rujukan : Saya Luv Islam via Sozcyili
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/35596/
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/35492/
https://www.hmetro.com.my/utama/2018/02/309028/kami-mahu-keadilan
The post Kronologi Lengkap Kes Pelajar Maut Bunuh Diri. iPhone Cikgu Ditemui. Bukan Dicuri Tetapi… appeared first on SAYALUVISLAM.
Sumber : sayaluvislam
Blogger Comment
Facebook Comment