Akhirnya. Neelofa Hijab Mohon Maaf Tapi…

Akhirnya. Neelofa Hijab Mohon Maaf Tapi… | Saya Luv Islam – Selepas dihentam teruk oleh netizen dan badan-badan agama, akhirnya pihak syarikat tudung Neelofa tampil mohon maaf tetapi…

MOHON MAAF

Syarikat pengeluar tudung jenama Naelofar, NH Prima International Sdn Bhd memohon maaf atas kontroversi majlis sambutan hari jadi ke-29 aktres dan pengacara popular, Neelofa serta pelancaran koleksi hijab Be Lofa di pusat hiburan Zouk di sini, kelmarin.

Pengarah Urusannya, Noor Nabila Mohd Noor berkata, syarikat memohon maaf terutama kepada penyokong kuat jenama Naelofar dan semua individu yang terjejas dengan insiden itu.

PERSIAPAN MAJLIS

“Majlis pelancaran yang sepatutnya menjadi acara istimewa untuk jenama kami, menjadi isu perdebatan dan menimbulkan tanda tanya pelbagai pihak.

“Sepanjang majlis pada malam itu, kami mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan apa-apa jenama dan botol minuman keras, gelas serta perkakas diasing dan dikeluarkan sepenuhnya daripada tempat terbabit sebelum majlis berlangsung.

“Akses ke bar dan kelab lain juga ditutup serta merokok dilarang sama sekali sepanjang majlis berkenaan,” katanya dalam kenyataan yang diterima BH Online, sebentar tadi.

Isnin lalu, majlis sambutan hari jadi Neelofa dan pelancaran koleksi tudung baharu Be Lofa yang dianjurkan NH Prima International di Zouk, dikecam netizen kerana dikatakan tidak sesuai dengan imej pelakon dan pengacara popular itu yang bergelar Hajah.

Berikutan itu, pelbagai pihak termasuk mufti dan pertubuhan Islam menyuarakan pandangan serta nasihat kepada Neelofa termasuk memintanya bertaubat.

Noor Nabila yang juga kakak kepada Neelofa berkata, syarikat turut mendapatkan khidmat katering untuk menyajikan makanan halal sepanjang majlis.

“Semua perkakas termasuk sudu, garfu dan gelas yang digunakan tetamu disediakan syarikat katering terbabit,” katanya.

SEBAB PILIK KELAB MALAM

Noor Nabila berkata, syarikat membuat keputusan mengadakan majlis pelancaran di Zouk kerana kemudahan yang ditawarkan di pusat hiburan itu.

“Mereka menawarkan ruang untuk disewa sebagai tempat acara pada setiap Ahad dan Isnin kerana premis berkenaan tidak dibuka untuk kunjungan umum.

“Selain itu, sistem pencahayaan yang memberi efek neon, sistem bunyi, paparan LED dan sokongan teknikal adalah antara kemudahan yang diperlukan untuk menjayakan majlis itu.

“Semuanya didatangkan dalam satu pakej yang ditawarkan pihak terbabit,” katanya.

Noor Nabila yang juga isteri kepada pelakon, Sharnaaz Ahmad berkata, pihaknya mengambil langkah segera bagi membetulkan keadaan sebaik kontroversi tercetus.

“Tiada yang lebih penting daripada mendapatkan kembali kepercayaan dan keyakinan semua.

“Kami mengambil serius dan mendengar semua komen mengenai isu ini. Kami akan menggunakannya untuk membimbing kami secara positif bagi mengelak insiden sama berulang,” katanya.

Noor Nabila memberi jaminan syarikat akan memastikan isu keagamaan dan kebudayaan dititikberatkan dalam setiap keputusan yang dibuat pada masa depan.

“Kami amat berharap agar diberi peluang untuk memperbaiki diri dan memperbetulkan keadaan,” katanya.

Sumber: Berita Harian

The post Akhirnya. Neelofa Hijab Mohon Maaf Tapi… appeared first on SAYALUVISLAM.



Sumber : sayaluvislam
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close