TERKINI: Polis Sahkan Ujian Air Kencing Pelakon Farid Kamil Positif "Bahan Terlarang"
Pelakon yang juga pengarah bergelar Datuk, iaitu Farid Kamil yang ditahan selepas menampar anggota polis dan menendang orang awam di kaunter trafik Balai Kota Damansara hari ini, dikesan positif dadah.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, berkata saringan kencing yang dijalankan terhadap suspek selepas dia ditahan, mendapati suspek positif ganja.
Ini komen pihak Polis:
"Sebaik sahaja polis menahan suspek, ujian air kencing dijalankan bagi mengesan sama ada dia berada di bawah pengaruh dadah.
"Hasil ujian terbabit mendapati dia positif dadah jenis ganja,"
Dalam kejadian jam 1.20 tengah hari itu, pelakon terbabit dikatakan datang ke balai polis berkenaan untuk membuat laporan berkaitan satu kemalangan jalan raya.
Namun dikatakan Farid kamil tiba-tiba menunjukkan whatsapp isu 300 artis yang berhutang dengan ahlong.
Ketika berurusan di kaunter terbabit, pelakon berkenaan secara tiba-tiba menampar muka polis yang menerima aduan itu sambil disaksikan beberapa anggota lain dan beberapa orang awam.
Farid Kamil juga turut menendang kaki orang awam yang berada dalam balai sebelum ditahan beberapa anggota polis lain.
Mohd Zani berkata, susulan kejadian itu, suspek kini disiasat kerana berkelakuan tidak senonoh dalam balai polis mengikut Seksyen 90 Akta Polis serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana penyalahgunaan dadah.
Katanya, suspek akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya esok, bagi mendapatkan perintah reman untuk siasatan lanjut.
Untuk pengetahuan, pada bulan Disember yang lalu, Farid Kamil Zahari merupakan antara 169 penerima darjah kebesaran dan pingat Pahang sempena memuliakan ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar, Pekan ,Pahang.
Farid Kamil yang juga Penerbit Filem FKX Sdn Bhd menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.
Pelakon ini banyak membintang filem hebat seperti Evolusi KL Drif, Kongsi, Anak Jantan, J Revolusi dan yang terbaru, Tombiruo: Penunggu Rimba
Sumber: Berita Harian
Sumber : berita memey
loading...
loading...
Blogger Comment
Facebook Comment