Sikap Ego Melampau. PM UK Bagitau “SESUATU” Buat Trump Terus CUAK

Sikap Ego Melampau. PM UK Bagitau “SESUATU” Buat Trump Terus CUAK | Saya Luv Islam – Sikap ego melampau Trump bukan kepada dunia Islam sahaja, tetapi terkini turut dirasainya oleh Britain. Ekoran itu, PM UK, Theresa May bagitau “sesuatu” buat Trump terus cuak… Wow.

TRUMP TIDAK HADIR PERASMIAN DUTA AS BARU DI LONDON

KEPUTUSAN Donald Trump untuk tidak menghadiri majlis perasmian bangunan baharu Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di London mungkin membawa padah.

TRUMP MUNGKIN TAK DIJEMPUT

Perdana Menteri, Theresa May bagai membayangkan tindakan presiden AS itu mungkin yang menjadi penyebab beliau tidak akan dijemput ke majlis perkahwinan diraja, Putera Harry dan aktres Meghan Markle.

Malahan, May juga menasihatkan Ratu Elizabeth supaya menjemput Trump untuk melakukan lawatan rasmi ke negara itu sebagai penghormatan kepadanya, bagaimanapun hingga kini jutawan itu tidak menetapkan tarikh untuk tujuan itu.

“Kita mempunyai hubungan istimewa dengan Amerika Syarikat, tetapi saya tidak bertanggungjawab untuk jemputan ke majlis perkahwinan diraja nanti,” katanya kepada pemimpin negara itu pada Rabu.

Hubungan May dengan Trump tidak berjalan lancar sejak ahli perniagaan itu memenangi pilihan raya susulan pandangan berbeza berhubung isu pengganas, kebocoran maklumat risikan dan sikap anti Muslim Trump.-Bloomberg

Sumber : Mstar

DOKTOR DEDAH TRUMP GEMUK DAN KOLESTROL TINGGI

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump lulus dalam ujian tanda penyakit demensia, malahan tahap kesihatannya juga baik.

Bagaimanapun, hasil ujian itu mensarankan jutawan itu mengurangkan berat badan dengan menjaga pemakanan daripada segi kalori, lemak dan karbohidrat, serta mula bersenam.

Ujian yang dilalui Trump dipantau pegawai perubatan Rumah Putih, Dr Ronny Jackson.

Malahan, pemimpin berusia 71 tahun itu meminta supaya dilakukan ujian penilaian kognitif.

Trump sememangnya dikenali menggemari makanan berlemak seperti ayam goreng, burger dan stik, manakala ketika bermain golf pula dia tidak menjalani sebarang latihan bersenam berjadual.

Menurut Jackson, Trump perlu mengurangkan berat badannya antara 4.5 hingga 6.8 kilogram (kg) dengan mengamalkan pemakanan sihat dan bersenam.

Ketika ini, pada ketinggian 1.9 meter, berat Trump mencecah 108 kg dengan kadar bacaan kolesterol yang tinggi.

Bagaimanapun, kadar tekanan darahnya pada tahap normal 122/74 dan keadaan jantungnya juga baik selepas menjalani ujian tekanan.

Trump sendiri mengarahkan doktor berkenaan supaya menjawab sebarang soalan yang dikemukakan media mengenai keadaan kesihatannya.

Isu berkaitan kesihatan Trump timbul susulan penerbitan buku kontroversi: “Fire and Fury: Inside the Trump White House” yang menggambarkan Trump bersifat keanak-anakan dan seorang yang lincah.

Mengenai permintaan Trump untuk menjalani ujian kognitif bagi mengesan tanda demensia, Jackson mengesahkan pemimpin AS itu bebas daripada penyakit yang boleh membawa kepada Alzheimer itu.

“Trump lulus markah penuh 30 dalam ujian ini, bermakna mentalnya tajam dan dalam keadaan baik,” katanya.- Reuters

Sumber: Mstar

The post Sikap Ego Melampau. PM UK Bagitau “SESUATU” Buat Trump Terus CUAK appeared first on SAYALUVISLAM.



Sumber : sayaluvislam
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close