Penerima Datuk Akan Disaring: "Jangan Tunjuk Kuasa" - Titah Tengku Abdullah
Pihak Istana Pahang akan menyaring dahulu semua nama yang dicadangkan untuk menerima darjah dan pingat kebesaran Pahang.
Ini untuk memastikan hanya mereka yang benar-benar ‘bersih’ boleh menerima pengiktirafan berkenaan.
Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, bertitah kesemua nama itu pula perlu menjalani saringan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Katanya, itu adaah prosedur operasi standard (SOP) baru penganugerahan yang perlu dipatuhi sebelum baginda berkenan nama individu terbabit selaku penerima.
Menurutnya, baginda juga akan memperkenalkan kod etika yang mana setiap penerima perlu mematuhinya.
Ini titah Tengku Abdullah:
"Saya juga akan membuat kod etika yang perlu dipatuhi oleh mereka (penerima darjah dan pingat) dan tak perlu untuk saya sentiasa mengingatkan penerima supaya menjaga kelakukan mereka.
"Malah, kajian juga akan dilakukan supaya penganugerahan ini akan gugur secara automatik jika mereka didapati bersalah melanggar undang-undang"
Tengku Abdullah bertitah baginda juga berlapang dada jika ada mana-mana penerima berhasrat memulangkan pengiktirafan yang diterima jika merasakan darjah dan pingat itu terlalu berat untuk dijaga.
Namun, titahnya, sehingga ini, tiada seorang pun penerima yang memulangkan pingat dan darjah kebesaran yang dikurniakan.
Ini kenyataan baginda lagi:
"Saya juga tidak suka untuk tarik (pengiktirafan yang diberi) tetapi jika terpaksa, saya akan buat... jangan cuba tunjuk kuasa
Tengku Abdullah bertitah demikian kepada selepas menyempurnakan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran dan Pingat Pahang sempena Memuliakan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar, Pekan, hari ini.
Baginda juga mengingatkan semua penerima darjah dan pingat Pahang untuk menjaga kelakuan dan kemuliaan pengiktirafan itu dan tidak mahu berlaku seperti pepatah ‘kerana nila setitik, rosak susu sebelanga’.
Titahnya, baginda mungkin tidak ada kuasa untuk mencegah penerima daripada melakukan perkara menyalahi undang-undang secara terus, namun penerima perlu menganggap ia sebagai peringatan.
Ini titah Tengku Abdullah:
"Anggap ini (darjah dan pingat) sebagai satu pengiktirafan kepada mereka kerana sudah berjasa dan memberi sokongan di Pahang.
"Institusi Diraja Pahang mahu mendampingi rakyat dan menghargai apa juga sumbangan yang telah diberikan.
"Kita bukan kedekut. Jika kita kedekut, kita tidak beri pengiktirafan, kita simpan saja semua darjah dan pingat kebesaran.
Itulah titah baginda tentang darjah kebesaran dari Istana Pahang.
Sumber: Harian Metro
Sumber : berita memey
loading...
loading...
Blogger Comment
Facebook Comment