Jururawat Gelak Ketawa PENYEK Muka Bayi. Apa Jadi Seterusnya MENGEJUTKAN | Saya Luv Islam – Video sekumpulan jururawat hospital bergelak ketawa bila “penyek” muka bayi jadi viral dan apa jadi seterusnya amat mengejutkan. Baca selanjutnya..
IBU BAPA BAYI SEDAR BILA VIDEO VIRAL
SEKUMPULAN jururawat Saudi dibuang kerja selepas merakamkan video mereka bergelak ketawa semasa memenyekkan muka seorang bayi baru lahir.
Bayi berkenaan dimasukkan ke hospital akibat jangkitan dan ibu bapanya menyedari tindakan dahsyat itu selepas rakaman tersebut muncul dalam talian dan dikongsi di media sosial.
Video itu menunjukkan salah seorang jururawat memegang leher dan atas kepala bayi berkenaan sebelum memenyekkan mukanya.
Kakitangan di hospital bersalin di Taif, Arab Saudi itu telah dikenal pasti dan dikesan oleh pihak berkuasa.
Hal Ehwal Kesihatan menyiasat sumber video dan dapat mengenal pasti jururawat yang muncul dalam video tersebut serta hospital di mana insiden itu berlaku.
TINDAKAN TATA TERTIB PIHAK BERKUASA
Jururawat yang tidak dinamakan itu dilaporkan segera digantung selepas mereka dikesan oleh pihak berkuasa.
Lesen perubatan mereka didakwa telah dibatalkan dan mereka dilarang daripada mengamalkan kejururawatan di mana-mana jabatan kesihatan lain.
Bapa kepada bayi tersebut memberitahu media Saudi bahawa anaknya dimasukkan ke hospital untuk rawatan jangkitan saluran kencing.
Katanya, dia terkejut dengan video itu yang dikongsi di media sosial.
PERKARA TERSEBUT SEPERTI DIPERBESARKAN
Pensyarah etika perubatan Dr Mohammed Al-Ghamdi dipetik dalam media Arab Saudi sebagai berkata:
“Apabila kanak-kanak yang menjadi mangsa, ramai orang dewasa bersimpati dengan mereka kerana bayi tidak dapat bersuara untuk diri mereka sendiri. Oleh itu, orang dewasa merasakan keperluan untuk bercakap bagi pihak mereka.
“Mereka yang bekerja di sektor perubatan, sama ada doktor atau jururawat, mereka sentiasa berada di bawah pemerhatian orang ramai. Orang ramai mengharapkan mereka menghormati kerjaya dan tanggungjawab mereka.
“Bagi orang ramai, doktor dan jururawat adalah lambang kebaikan, jadi mereka mengharapkan golongan ini tidak mempunyai kekurangan atau kelemahan. Kesalahan mereka akan sentiasa dibesar-besarkan.
“Itu tidak bermakna kita boleh menjadi hakim yang menghukum orang yang melakukan kesalahan. Mereka patut membiarkan pihak berkuasa menyiasat kerana mereka akan menilai keadaan dengan adil dan bukannya memudaratkan kanak-kanak dan ibu bapanya, dalam kes ini.”
Sumber : Mstar
The post Jururawat Gelak Ketawa PENYEK Muka Bayi. Apa Jadi Seterusnya MENGEJUTKAN appeared first on SAYALUVISLAM.
Sumber : sayaluvislam
Blogger Comment
Facebook Comment