"Itu Hina Nabi, Berdosa Besar.." Mufti Perak Tegur Iqram Dinzly
Isu memanggil nama Nabi Muhammad SAW sebagai Che Mat menjadi bualan para netizen sejak Ahad lalu.
Iqram Dinzly telah ditegur oleh seorang ustaz tentang isu ini. Namun ada yang tertanya-tanya apa pandangan Mufti tentang isu ini.
Akhirnya Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria tampil memberi respon tenatng isu ini dan memberi jawapan tentang adakah boleh seseorang itu memanggil nama Che Mat kepada Nabi Muhammad SAW.
Perbuatan menggelar Nabi Muhammad SAW dengan sebarang nama panggilan yang tidak sewajarnya adalah haram dan perlu bertaubat, demikian tegas Mufti Perak Tan Sri Dr Harussani Zakaria.
Mufti Perak berkata perbuatan tersebut merupakan satu penghinaan terhadap Rasullullah yang merupakan kekasih Allah dan sebagai umat Islam perbuatan tersebut tidak boleh dipandang ringan.
Ini komen Mufti:
"Itu satu penghinaan buat rasul Nabi Muhammad SAW. Thuan sendir panggil Muhammadur rasullah, mana boleh kita panggil Che Mat, menghina nabi Muhammad, berdosa besar. Saya baru tahu hal ini"
"Hina Nabi Muhammad boleh diambil tindakan lah, mahkamah sivil ye..
"Kita kena hati hati dengan Rasul, dia adalah kekasih Allah, jangan kita main-main panggil Che mat ke apa, itu adalah dosa besar"
"Jangan cakap tidak tentu pasal atau berlawak (berkenaan Nabi Muhammad dan agama),”
Perbuatan Iqram Dinzly itu dibuat ketika rakaman program Melodi TV3 yang menajdi viral di media sosial.
Ramai juga mengecam tindakan Iqram Dinzlydan ada pendakwah dan penceramah agama yang menggesa Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) serta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengambil tindakan tegas.
Sehubungan itu, Harussani berkata JAIPk perlu memberi perhatian terhadap perbuatan artis berkenaan yang bermastautin di Perak dengan memanggilnya untuk memberi keterangan.
Ini komennya lagi:
"Tanggungjawab JAIPk panggil individu tersebut supaya isu ini tidak berlanjutan"
Itulah komen dari Mufti Perak tentang isu ini.
Sebelum ini, Iqram ditegur oleh seorang ustaz yang menggelarnya sampah kerana menggelar Nabi Muhammad SAW sebagai Che Mat.
Ada juag yang mengkritik ustaz ini kerana menggelar seseorang sebagai sampah.
Iqram dilihat menyelar tindakannya ustaz itu dengan menggelarnya mahu mencari publisiti, tumpang populariti.
Ustaz ini membalas,katanya jika seseorang itu merendahkan martabat Nabi dan menghina Nabi, tarafnya ialah sampah!
Kemudian, Iqram meminta maaf dan mengaku salah cakap kerana menggelar Nabi Muhammad SAW sebagai Che Mat, Iqram mengatakan dia keliru kerana kelam kabut ketika di program itu.
Aappun semoga Iqram Dinzly bertaubat kerana memanggil Nabi Muhammad SAW sebagai Che Mat, kerana bak kata Mufti itu tadi, ianya adalah berdosa besar!
Sumber: mStar / Bernama
Sumber : berita memey
loading...
loading...
Blogger Comment
Facebook Comment