Diana Danielle Jelaskan Kenapa Tak Datang Mahkamah, "Farid Tahu Saya Di Sana"
Isu yang melanda Datuk Farid Kamil sedang menjadi tumpuan hangat seluruh rakyat Malaysia.
Semalam mahkamah memutuskan untuk melanjutkan tahanan reman ke atas pelakon popular ini.
Farid Kamil dikerumuni para wartawan dan pihak media ketika berada di mahkamah. Namun langsung tidak kelihatan isterinya, iaitu Diana Danielle.
Ramai juga tertanya-tanya, kenapa Diana Danielle langsung tidak datang?
Isteri Datuk Farid Kamil, Datin Diana Danielle sekali lagi meluahkan perasaan serta menyatakan sokongan tidak berbelah bagi terhadap suaminya di laman Instagram.
Katanya, dia tidak kisah dengan pandangan orang sekeliling tentang ketidak hadiran nya ke mahkamah untuk menyokong suaminya.
Sebaliknya, Diana amat yakin, Farid Kamil sentiasa merasakan kehadirannya di sisi setiap masa.
Ini tulis Diana Danielle:
"Sayangku FK (Farid Kamil). Jangan tanya kenapa anda (netizen) tidak melihat saya. Dia (Farid) 'nampak' saya dan tahu saya ada di sana.
"Dia dapat merasakan tangan saya menggenggam tangannya. Dan semua itu yang lebih bermakna buat saya,"
Love Farid Kamil,
Don’t ask why you don’t see me
He sees me.
He knows im there.
He feels my hand holding his.
And that is all that matters to me.
Menerusi entri baru di Instagram yang diikuti 1.7 juta orang, ibu kepada dua cahaya mata itu turut berkongsi sebuah puisi pendek dari Christopher Poindexter.
Puisi terbabit juga seakan memberi bayangan mengenai kekuatan cinta mereka yang saling melengkapi antara satu sama lain.
Ini puisi berkenaan:
"Apa yang benar-benar ku mahu, Dari mula tumbuhnya tulang-tulang di dalam tubuhku.
"Adalah cuma untuk mengenal cinta, Dan untuk cinta mengenalku,"
Status berkenaan dipercayai sebagai respon balas kepada orang ramai yang mempertikaikan ketiadaan Diana Danielle sepanjang dua kali Farid dibawa ke mahkamah.
Sebelum ini, menerusi temubual dengan sebuah akhbar, Diana Danielle meminta untuk diberikan sedikit ruang privasi berhubung kes yang menimpa suaminya itu.
Sumber: mStar / IG Diana Danielle
Sumber : berita memey
loading...
loading...
Blogger Comment
Facebook Comment