Akhirnya Iqram Dinzly Jumpa Mufti, Namun Perkara Yang Tak Disangka Berlaku
Ini satu perkembangan yang amat baik kepada pelakon popular yang sering mencetuskan kontroversi iaitu Iqram Dinzly.
Akhirnya Iqram Dinzly telah menghadirkan diri bertemu dengan Mufti Wilayah Persekutuan iaitu Datuk Dr Zulkifli pada hari Sabtu yang lalu.
Iqram Dinzly telah ditemani rakannya iaitu pelakon Johan Asaari ketika melawat Mufti Wilayah Persekutuan berkenaan.
Namun ada sesuatu yang amat menarik berlaku ketika perjumpaan antara pelakon Iqram Dinzly dan juga Mufti berkenaan.
Perkara yang menarik berlaku ialah Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah menghadiahkan dua ekor arnab kepada Iqram Dinzly pada sesi pertemuan hati ke hati antara pelakon berkenaan dengan agamawan itu.
Datuk Dr Zulkifli turut menghadiahkan beberapa buku tulisannya kepada Iqram Dinzly dan juga Johan Asaari.
Mufti berkenaan berkata, pertemuan hati ke hati itu juga dapat menjelaskan kemelut kehidupan Iqram yang sering menjadi perbualan dan sensasi di media sosial.
Beliau turut berterima kasih kepada kedua-dua pelakon popular itu yang sudi meluangkan masa dan berbincang tentang perkara yang berlaku.
Ini perkongsian Datuk Dr Zulkifli di Instagram miliknya:
"Alhamdulillah, pada petang yang mulia ini 20 Januari 2018 kami telah dikunjungi oleh saudara Iqram Dinzly dan Johan As'ari yang datang ke teratak kami.
"Kami mendengar banyak buah cakapannya dalam merentasi dan melayari kehidupan terutamanya isu yang berlaku dan melingkari dirinya sejak akhir-akhir ini.
"Kami amat memahami akan situasi yang dihadapi dan kami namakan pertemuan pada kali ini lebih kepada kunjungan serta taaruf antara kami dari pihak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dengan kedua-duanya.
"Sesungguhnya pertemuan yang dibicarakan dari hati ke hati boleh mengungkai sejumlah besar lingkaran kemelut kehidupan yang dihadapi.
Ini komen Mufti berkenaan lagi:
"Kami yakin disana terdapat cahaya di hujung terowong kehidupan tatkala kita berpegang kepada tali Allah dengan penuh keimanan disamping makrifah ilmu dengan sedalamnya.
"Begitu juga kita sulami kehidupan dengan takwa dan taat. Terima kasih kepada mereka berdua dan rakan-rakan yang mengunjungi kami serta berbincang dengan kami dengan penuh kemesraan dalam liqa’ tersebut.
"Kami berdoa agar kita semua sentiasa ditaufiq dan dihidayahkan oleh Allah SWT.
"Setiap tanda ingatan yang kami berikan, sebenarnya ada hasrat tertentu yang ingin disampaikan untuk Iqram dan Johan.
"Kami hadiahkan beberapa buah buku tulisan kami kepada Iqram dan Johan untuk dibaca, dihayati dan diamalkan kandungannya.
"Begitu juga jubah dan kopiah supaya terus istiqamah dan bersemangat dalam ibadah. Tidak lupa dua ekor arnab yang comel kami hadiahkan kepada Iqram, supaya beliau dapat meneruskan hobinya dengan lebih gembira dan tenang.
"Semoga hadiah yang tidak seberapa itu dapat mengikat hubungan persaudaraan kita untuk terus saling berhubung dan mengeratkan ukhuwwah.
Itulah komen dari Mufti Wilayah Persekutuan tentang kunjungan kedua dua pelakon berkenaan.
Pada 27 Disember lalu, Datuk Dr Zulkifli menerusi surat terbuka kepada Iqram Dinzly menjemput pelakon berkenaan hadir ke pejabatnya bagi membincangkan masalah yang sedang dihadapi selepas beberapa video aksi pelik menjadi viral di laman sosial.
Memang terpuji sikap Iqram yang nampaknya benar-benar mengambil jalan untuk mendalami Agama dengan berjumpa Mufti Datuk Dr Zulkifli.
Semoga segalanya baik-baik sahaja buat Iqram Dinzly.
Sumber: IG Mufti Wilayah
Sumber : berita memey
loading...
loading...
Blogger Comment
Facebook Comment