Subhanallah! Ini Cara Ibu Tupai Ucap Terima Kasih Pada Lelaki Ini Selepas Selamatkan Anak Tupai !!!

Subhanallah! Ini Cara Ibu Tupai Ucap Terima Kasih Pada Lelaki Ini Selepas Selamatkan Anak Tupai !!! | KITA VIRAL – Sekitar jam sembilan pagi ketika lelaki ini sedang menikmati secawan teh di beranda, dia telah terlihat seekor anak tupai terbaring di hadapan pintu rumahnya.

Setelah itu, dia segera berlari untuk mendapatkan anak tupai tersebut kerana takut anak tupai ini akan digigit oleh anjing atau kucing liar.

Dia kemudian meletakkan anak tupai tersebut di dalam tapak tangan dan mula membersihkan badan anak tupai ini yang diselaputi kotoran dari longkang dan dedaun kering.

Anak tupai tersebut kelihatan sangat lemah memandangkan anak tupai ini tidak mampu untuk melompat keluar dari genggaman tangannya.

Semenjak itu, dia memutuskan untuk memelihara anak tupai ini dan merekodkan perkembangan kesihatannya. Dia telah membeli beberapa alat perubatan seperti penitis air untuk memudahkan anak tupai tersebut diberikan susu.

Malah, lelaki ini turut gigih membuka saluran YouTube semata-mata untuk mempelajari kaedah yang betul dalam menyusukan anak tupai.

Sementara itu, dia turut membina rumah khas untuk menempatkan anak tupai ini dengan menggunakan kotak kasut. Di dalam kotak kasut itu, lelaki yang penyayang ini telah meletakkan gumpalan kapas sebagai ’tilam’ untuk haiwan kecil ini.

Hanya dalam beberapa jam, anak tupai ini mula meraih tenaga dan dilihat sudah bergerak aktif.

“Saya mengeluarkan anak tupai ini daripada kotak kasut dan anak tupai itu mula melompat ke atas lengan dan bahu saya. Anak tupai ini seperti ingin menghulurkan tanda persahabatan”.

Secara tiba-tiba, seekor tupai dewasa menghampiri mereka dan tupai tersebut adalah ibu kepada anak tupai itu.

“Saya tahu tupai tersebut takut kepada saya namun dia tetap mendekati saya”.

“Ibu tupai ini menyentuh tangan saya dengan lembut seolah-olah ingin berterima kasih kerana telah menyelamatkan anaknya. Ibu tupai ini kemudian dilihat tidak henti-henti mencium anaknya”.

Setelah melepaskan rindu pada anak tupai, ibu tupai ini kemudian menyentuh tangan lelaki itu semula sebelum meninggalkan tempat tersebut dengan membawa anaknya pergi.

Sungguh mengharukan kisah kasih sayang antara kedua ibu dan anak tupai ini. Peristiwa ini pastinya akan menjadi peristiwa yang paling bermakna dalam hidup lelaki itu.

Tonton video dibawah :

 

Kredit : Era Baru

The post Subhanallah! Ini Cara Ibu Tupai Ucap Terima Kasih Pada Lelaki Ini Selepas Selamatkan Anak Tupai !!! appeared first on KITA VIRAL.



Sumber : kitaviral.com
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close