Laporan INTERPOL Terkini Tentang Dr Zakir Naik Buat Ramai Umat Islam BERSYUKUR. Allahu.

Laporan INTERPOL Terkini Tentang Dr Zakir Naik Buat Ramai Umat Islam BERSYUKUR. Allahu. | Saya Luv Islam – Tahun 2017 merupakan tahun ujian hebat buat Dr Zakir Naik bila digelar pengganas dan dilarang balik ke India. Tetapi baru-baru ni INTERPOL keluarkan laporan terkini buat ramai umat Islam bersyukur gembira. Allahu. Jom baca dan kongsikan.

DR ZAKIR NAIK BUKAN PENGGANAS

Pendirian Polis antarabangsa (Interpol) menolak permohonan India untuk mengeluarkan Notis Merah terhadap Dr Zakir Naik membuktikan pendakwah antarabangsa terkenal itu bukan pengganas.

Keputusan itu sekaligus menolak dakwaan pemimpin politik Malaysia yang berkeras tidak mahu menerima kehadiran pendakwah tersebut di negara ini.

Ketua Penerangan PAS, Ustaz Nasrudin Hassan berkata, dakwaan kononnya Dr Zakir terlibat dengan aktiviti keganasan jelas sekali meleset.

Katanya, hakikat yang perlu diketahui, Dr Zakir bukanlah seorang pengganas tetapi hanya seorang pakar pembandingan agama yang telah mengislamkan ramai orang di seluruh dunia menggunakan kekuatan hujah beliau.

TUDUHAN DI MALAYSIA TIDAK BENAR

“Dakwaan yang dikeluarkan NIA kemudian disahut oleh sesetengah ahli politik di Malaysia kononnya beliau terlibat dengan aktiviti keganasan ternyata tidak benar.

“Ini hanyalah alasan bagi mereka yang tidak mampu menangkis hujah yang dikemukakan oleh beliau.

“Maka, bagi mereka cara ‘kekerasan’ adalah jalan terakhir bagi ‘menutup mulut’ pendakwah-pendakwah Islam,” katanya dalam satu kenyataan.

Sabtu lalu, Interpol memba­talkan notis arahan tangkap terha­dap Dr. Zakir dan mengarahkan pejabatnya di seluruh dunia memadam segala data mengenai pendakwah antarabangsa itu, daripada fail mereka.

Menurut portal berita www.timesnownews.com, langkah itu di­buat berikutan pihak berkuasa India didapati gagal untuk mengeks­tradisi Dr. Zakir yang kini berada di Malaysia.

BACA NI : Hutan Tiba-Tiba TERBAKAR. 200,000 Penduduk California Diarah Pindah. Azab Allah ?

BACA NI : Inilah Surat Terbuka BERANI Tun Mahathir Kepada Negara2 Arab Buat Umat Islam SENTAP

BACA NI : Pelan RAHSIA Putera Muhammad Salman TERDEDAH Buat Kuasa Besar Dunia CUAK

Sumber : Saya Luv Islam via Ismaweb

The post Laporan INTERPOL Terkini Tentang Dr Zakir Naik Buat Ramai Umat Islam BERSYUKUR. Allahu. appeared first on SAYALUVISLAM.



Sumber : sayaluvislam
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close