Isu Baitulmaqdis. Kata TEGAS Imam Universiti Al Azhar Ni Buat Amerika TERKEDU

Isu Baitulmaqdis. Kata TEGAS Imam Universiti Al Azhar Ni Buat Amerika TERKEDU | Saya Luv Islam – Imam Besar Universiti Al Azhar Mesir sepatutnya ada meeting dengan pihak Amerika urusan bisnes minggu ni, tetapi bila isu Baitulmaqdis meletus ini kata tegas Imam Besar tersebut. Allahuakbar.

BATAL PERTEMUAN SERTA MERTA

Imam Besar Al Azhar Al Sharif Mesir, Prof Dr Ahmed Mohamed Al-Tayyeb, membatalkan pertemuan dengan Naib Presiden Amerika Syarikat (Amerika), Mike Pence berikutan pengiktirafan negara itu terhadap Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel.

Agensi Berita Islam Antarabangsa (UNA) melaporkan, Universiti Al-Azhar dalam satu kenyataan berkata Kedutaan Besar Amerika di Kaherah telah menghantar permohonan pertemuan tersebut minggu lepas.

Sheikh Al-Tayyeb yang pada awalnya menerima pelawaan itu bagaimanapun membuat keputusan untuk menarik diri susulan perkembangan terbaru membabitkan status Baitulmuqaddis.

TAK MAHU DUDUK SEMEJA DENGAN AMERIKA

“Kami tidak boleh duduk semeja dengan mereka yang manipulasi sejarah dan menafikan hak rakyat Palestin.

“Saya langsung tidak berkeinginan bertemu dengan pihak yang menyerahkan sesuatu bukan hak milik mereka dan Amerika harus segera membatalkan pengiktirafan itu dengan segera,” katanya.

Sheikh Al-Tayyeb turut menyeru rakyat Palestin untuk bangkit kembali dengan semangat tinggi demi Islam dan negara tercinta.

“Kami (Al-Azhar) bersama rakyat Palestin dan tidak akan membiarkan mereka bersendirian,” katanya.

Di Washington pada Rabu lepas, Trump mengumumkan mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu kota Israel, dan mengarahkan Jabatan Negara itu untuk memulakan proses memindahkan kedutaan Amerika dari Tel Aviv ke bandar itu. – Bernama

BACA NI : Inilah Surat Terbuka BERANI Tun Mahathir Kepada Negara2 Arab Buat Umat Islam SENTAP

BACA NI : Pelan RAHSIA Putera Muhammad Salman TERDEDAH Buat Kuasa Besar Dunia CUAK

BACA NI : Kejutan. Israel Tiba-Tiba Serang Syria. Puncanya Amat MENGEJUTKAN

Sumber: Saya Luv Islam via Sinar Harian

The post Isu Baitulmaqdis. Kata TEGAS Imam Universiti Al Azhar Ni Buat Amerika TERKEDU appeared first on SAYALUVISLAM.



Sumber : sayaluvislam
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close