Kereta Api Jepun Tersilap Tiba ”20 SAAT” Awal, Lihat Apa Jadi Pd Netizen Sgt MENGEJUTKAN !!!

Kereta Api Jepun Tersilap Tiba ”20 SAAT” Awal, Lihat Apa Jadi Pd Netizen Sgt MENGEJUTKAN !!! | KITA VIRAL – Masyarakat Jepun terkenal dengan budi pekerti yang amat tinggi. Budaya mereka sangat mementingkan disiplin, kebersihan, dan tepat kepada masa.

Di Jepun, anda boleh merancang perjalanan anda dengan baik kerana kemudahan dan perkhidmatan awam yang disediakan mengikut masa yang ditetapkan.

Namun demikian, pada 14 November, sebuah kereta api yang membawa penumpang daripada Akibahara di Tokyo hingga Tsubaka di Ibaraki tiba di platform awal 20 saat, menurut Japan Today.

Kereta api ini dikendalikan oleh Tsubaka Express dan mereka gagal untuk mengikut masa yang ditetapkan.

Kredit: Tokyo Railyway Labyrinth

Sepatutnya, kereta api ini bertolak daripada Minami Nagareyama pada jam 9:44 am tetapi bertolak lebih awal iaitu pada jam 9:43:40 am.

Sedar dengan kesilapan itu, pihak syarikat segera membuat kenyataan maaf secara rasmi melalui laman web mereka.

Kredit: Japan Today

Kenyataan ini menjelaskan, mereka memohon maaf kepada semua pelanggan di atas kesilapan yang dilakukan apabila kereta api tiba lebih awal 20 saat daripada jadual yang telah ditetapkan.

Difahamkan, jika kereta api bergerak lebih laju, para penumpang terpaksa mengubah jadual mereka dan mungkin ada yang terlepas kereta api lain.

Kemungkinan juga, ada yang menghadapi kesukaran untuk pergi ke sekolah dan juga pejabat.

Kredit: Wikimedia

Pada pandangan syarikat, mereka bukan sahaja menyusahkan penumpang tetapi kesilapan ini memalukan nama syarikat.

Permohonan maaf yang dilakukan oleh Tsubaka Express mendapat liputan luas di dunia. Walaupun Jepun sebagai sebuah negara maju dan kaya, tetapi penduduk mereka mempunyai keperibadian yang amat mulia.

Jika kita di Malaysia, sering kali kita berhadapan dengan kelewatan KTM Komuter, bas awam, dan juga bas ekspres. Namun demikian, sepanjang kelewatan ini kita tidak pernah mendapat sebarang permohonan maaf mahupun ganti rugi atas kelewatan yang dilakukan oleh pihak syarikat.

Sumber : Era Baru

The post Kereta Api Jepun Tersilap Tiba ”20 SAAT” Awal, Lihat Apa Jadi Pd Netizen Sgt MENGEJUTKAN !!! appeared first on KITA VIRAL.



Sumber : kitaviral.com
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close