Curiga Penampilan Murid ‘Kotor & Bau’, Guru Ini Minta Polis Selidik. Apa Yg Ditemui Dalam ‘Kereta Ayahnya’ Buat Ramai TERKEJUT !!!

Curiga Penampilan Murid ‘Kotor & Bau’, Guru Ini Minta Polis Selidik. Apa Yg Ditemui Dalam ‘Kereta Ayahnya’ Buat Ramai TERKEJUT !!! | KITA VIRAL – Berbicara soal masa usia kecil adalah masa yang paling membahagiakan, dimana sepenuh perhatian serta kasih sayang ditunjukkan kepada kita.

Makan masih disuapkan, jika mahu mainan, pasti akan dibelikan, setiap hari ke sekolah dihantar.

Berbicara tentang dihantar ke sekolah, kisah menarik datangnya dari kanka-kanak berusia 10 tahun ini, yang selalu ke sekolah dihantar oleh orang tuanya.

Apa yang menghairankan dia ke sekolah setiap hari, bukannya dihantar menaiki kereta atau bas sekolah, tetapi dia selalu dihantar ayahnya hanya berjalan kaki sambil berpegangan tangan,

Padahal menurut maklumat biodatanya yang diketahui bahawa tempat tinggal mereka sangat jauh dari sekolah.

Guru Sekolah di Lakewood, Colorado mulai curiga ketika melihat pakaian anak ini yang kotor dan agak kekuningan seperti tidak pernah dicuci.

Rambutnya pun kotor dan bau sekali. Guru kelas melakukan pantauan dengan memperhatikan anak itu setiap pagi kerana takut ada terjadi perkara yang buruk dengan keluarga ini.

Ternyata betul sekali dugaan si guru tersebut. Dia meminta pihak Polis tempatan untuk melakukan penyelidikan selama sebulan.

James Butler, merupakan petugas polis terlibat mengatakan “Saya melihat James Schweikhard, ayah yang berusia 41 tahun tinggal bersama puterinya di dalam kereta”.

Diketahui bahawa Schweikhard adalah seorang gelandangan. Perusahaannya bangkrup sehingga dia terpaksa kehilangan rumahnya dan hidup di dalam kereta.

Dia dan anaknya itu berpindah dari satu tempat ke tempat lain untuk mencari pekerjaan baru, namun usahanya selalu gagal. Sampai dia putus asa dan membiarkan keretanya rosak dengan sendirinya.

Kerana alasan itulah yang menyebabkan setiap hari Schweikhard selalu menghantar anaknya berjalan kaki jauh ke sekolah bukan dengan kereta ataupun bas sekolah.

Polis Butler berkata sambil mengetuk cermin kereta Schweikhard “Kami dari polis kawasan ini, kami datang kerana ingin membantumu dan puterimu keluar dari rumahmu (kereta) ini”.

Tidak sampai hati melihat keadaan keluarga yang begitu susah, dengan sumbangan polis Butler yang memindahkan mereka berdua ke tempat penginapan selama 2 hari sambil memperbaiki kereta mereka yang telah rosak.

Selain itu juga, mereka membantu mencarikan rumah kecil agar mereka selesa tinggal.

Polis dikawasan itu pun tersentuh mendengar khabar menyedihkan ini tidak berdiam diri saja, mereka dengan rela hati menyumbangkan pakaian, makanan, bahkan wang untuk kegunaan Schweikhard dan puterinya.

Setelah Schweikhard mendapat rumah barunya, dia mengatakan “Saya bersyukur mempunyai microwave, mesin cuci piring, mesin cuci baju. Ini adalah rumah terbaik yang pernah kami miliki.”

Bukan hanya pihak Polis Lakewood saja yang menghulurkan inisiatif dalam memberi sumbangan untuk mereka, tapi banyak warga tempatan bahkan waris pelajar sekolah anaknya turut memberi sumbangan dan sokongan agar  bersemangat.

Sekarang setelah pindah di rumah barunya, Schweikhard memulai kehidupan yang baru dan semangat yang baru. Dia telah memohon pekerjaan dan mendapat 5 tawaran kerja sekarang.

“Rumah baru adalah hidup baru, aku mengucapkan terima kasih pada setiap orang yang sudah menghulurkan tangan untukku dan anakku. Aku janji tidak akan mengecewakan kebaikan kalian.”

Tonton video berkenaan :


Sumber : Youtube

The post Curiga Penampilan Murid ‘Kotor & Bau’, Guru Ini Minta Polis Selidik. Apa Yg Ditemui Dalam ‘Kereta Ayahnya’ Buat Ramai TERKEJUT !!! appeared first on KITA VIRAL.



Sumber : kitaviral.com
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close