‘Terngiang-Ngiang Suara Jeritan Kesakitan’. Isteri Naib Pengetua Tahfiz Kongsi Detik CEMAS !!!

‘Terngiang-Ngiang Suara Jeritan Kesakitan’. Isteri Naib Pengetua Tahfiz Kongsi Detik CEMAS !!! | KITA VIRAL – Wanita bersama empat anak perempuanya, termasuk seorang bayi sembilan bulan yang terselamat dalam kejadian kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, masih lagi dalam keadaan trauma.

Naib Pengetua, Muhammad Azhari Mahmod, 40, berkata isterinya, Siti Nur Hayati Che Ahmad, 30, yang kini hamil dua bulan anak kelima mereka sering termenung mengenangkan tragedi yang berlaku awal pagi Khamis lalu.

SUARA ANAK-ANAK JERIT KESAKITAN

“Isteri saya amat terkesan dengan kejadian itu. Dalam suasana cemas itu, dia (isteri) terdengar suara anak-anak itu yang menjerit kesakitan.

“Ketika kejadian, isteri sedang solat dan terdengar bunyi gas dan bau yang tidak menyenangkan sebelum anak sulung kami, Siti Nur Fatimah,12, memaklumkan ternampak kelibat api di pintu tingkat tiga bangunan itu,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian, di sini, hari ini.

Beliau yang baru tiba di tanah air semalam dari Madinah, hanya mampu berdoa ketika di Tanah Suci kerana tidak mengetahui nasib keluargannya dalam insiden itu.

DISELAMATKAN OLEH PELAJAR DAN BOMBA

“Isteri dan semua anak saya diselamatkan oleh pelajar dan bomba. Saya bersyukur mereka sempat diselamatkan, cuma anak saya yang berusia dua tahun masih batuk-batuk,” katanya.

Kata Muhammad Azhari, anak sulungnya yang menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) terpaksa meminjam baju ahli keluarga yang lain untuk menduduki peperiksaan itu pada hari kejadian.

“Baju sekolah habis hangus terbakar. Biarpun dia (anak) masih trauma, dia masih mampu jawab soalan peperiksaan dengan baik,” katanya.

Seramai 21 pelajar dan dua guru yang bertugas sebagai warden pusat tahfiz itu terkorban apabila asrama di tingkat tiga premis itu terbakar pagi Khamis lalu.

Sumber : BHarian

The post ‘Terngiang-Ngiang Suara Jeritan Kesakitan’. Isteri Naib Pengetua Tahfiz Kongsi Detik CEMAS !!! appeared first on KITA VIRAL.



Sumber : kitaviral.com
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close