8 Jam..Petugas Kongsi Pengalaman Gali Liang Lahad Almarhum Sultan !!!

8 Jam..Petugas Kongsi Pengalaman Gali Liang Lahad Almarhum Sultan !!! | KITA VIRAL – PROSES menggali liang lahad makam jenazah Almarhum Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah di Makam Diraja Langgar yang bermula 6 petang semalam selesai kira-kira 2 pagi, hari ini.

PETUGAS DIBANTU MBAS

Penyelaras proses terbabit yang juga Pembantu Awam Makam Diraja Langgar, Daud Shahidan, 54, berkata, lapan petugas makam berkenaan dibantu 20 kakitangan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) menggali makam berkenaan sebaik mendapat arahan bahagian protokol istana.

“Kerja-kerja mengorek makam dengan kedalaman 2.4 meter (m), 2.1m panjang serta 1.3m lebar menggunakan cangkul. Saiz ini mengikut standard yang ditetapkan.

LOKASI MAKAM BAGINDA

“Makam baginda adalah di tengah-tengah antara makam isteri pertama baginda iaitu Almarhumah Sultanah Bahiyah dan adinda baginda, Almarhum Tunku Annuar Sultan Badlishah. Jenazah Almarhum dijangka akan dimakamkan kira-kira 4 petang ini,” katanya.

Daud yang sudah 31 tahun bertugas di makam terbabit berkata, beliau bersama petugas lain bekerja tanpa henti sejak petang semalam.

Katanya, sebaik selesai proses menggali makam, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) membina khemah, pentas serta memasang kerusi dan permaidani untuk raja-raja, kerabat serta orang kenaman.

JENAZAH DIARAK MENGGUNAKAN PEDATI KE MAKAM

“Kami perlu siapkan kerja-kerja ini sebelum jenazah Almarhum Sultan Kedah diarak menggunakan pedati ke makam kira-kira 2.30 petang dan dijangka tiba pada 4 petang. Setakat ini semuanya berjalan lancar,” katanya.

Tinjauan di makam itu mendapati kakitangan JKR serta petugas makam sibuk menurunkan 1,200 beg plastik yang mengandungi tanah daripada lori untuk proses pemakaman.

Kredit : EBerita

The post 8 Jam..Petugas Kongsi Pengalaman Gali Liang Lahad Almarhum Sultan !!! appeared first on KITA VIRAL.



Sumber : kitaviral.com
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close