Video Lando Dikejar 'Pondan' Thailand Jadi Viral Di Media Sosial


Lando Zawawi merupakan seorang pelakon yang kini lebih banyak bertindak sebagai aktivis Brotherhood yang seringkali menurap jalan-jalan sekitar Lembah Klang. 

Baru-baru ini, sebuah video Lando menjadi bualan netizen. Bukan kerana kerja-kerja sukarelawan yang dijalankan tetapi video beliau bercuti bersama isterinya di Krabi menjadi viral di media sosial. 

Dalam video tersebut, Lando sedang berjalan-jalan bersama isterinya di Pantai Aonang dan kelihatan beberapa orang 'mak nyah' sedang berdiri di kaki lima dengan berpakaian seperti puteri Disney. 

'Mak nyah' tersebut dilihat menarik Lando untuk bergambar bersama dan setelah bergambar bersama salah seorang dari mereka, 'mak nyah' tersebut turut memanggil rakannya untuk bersama-sama mengambil gambar. 

Namun, akhirnya 'mak nyah' tersebut meminta sejumlah wang kerana telah bergambar bersama mereka. Lando turut menasihati orang ramai agar tidak tertipu dengan pelbagai taktik dan sindiket haram untuk menarik perhatian pelancong. 

Tonton video penuh yang dimuat naik oleh Lando yang sehingga kini telah ditonton hampir 600 ribu kali.



 - www.kakishare.my

FACEBOOK HERBAL RIMBA


Sumber : kaki share
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close