Kembang Tekak! Pekerja Restoran Nasi Kandar Uli Tepung Roti Canai Atas Tangki Kumbahan


Putus selera apabila dengar cerita melibatkan kes kedai mamak. Jijik dan memualkan apabila seorang pekerja restoran nasi kandar dengan selamba tanpa ada perasaan bersalah menguli tepung roti canai di atas penutup tangki kumbahan di belakang premis tersebut. 

Pekerja tersebut yang sedang asyik menguli tepung terkejut akan kehadiran pihak berkuasa yang sedang melakukan pemeriksaan ke atas premis berkenaan. Selepas diperiksa, restoran nasi kandar yang terletak di Jalan Seberang Perak diarahkan tutup serta-merta selama 14 hari untuk pembersihan. 

Selain itu, dua buah lagi restoran nasi kandar juga diarahkan tutup serta merta kerana kebersihan yang tidak memuaskan. 


Ketika diperiksa pihak berkuasa telah menemui najis lipas di dalam premis, selain keadaan premis juga berisiko mengundang kehadiran tikus disebabkan ada bahan mentah yang tidak ditutup.

“Kebanyakan bahan mentah di ruang dapur restoran yang diperiksa terdedah dan tidak ditutup, malah telur yang digunakan membuat roti canai atau masakan lain juga tidak dicuci dengan sempurna." kata Penolong Pengarah (Bahagian Pengurusan Halal) Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK), Rosyadah Ramli. 

sepanjang 14 hari ditutup, semua premis itu diarah melakukan pembersihan sebelum penilaian semula dilakukan.

Beliau berkata, dalam operasi di restoran lain, pihak berkuasa turut mengambil tindakan terhadap peniaga kerana menggunakan kaya yang sudah tamat tempoh selain mi kuning yang tidak mempunyai tanda halal dari syarikat bukan Islam. - www.kakishare.my

FACEBOOK HERBAL RIMBA


Sumber : kaki share
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close