Kasihan! Disebabkan Aliff Aziz Lelaki Ini Kena Kecam Oleh Orang Tak Dikenali


Kontroversi mengenai kes Aliff Aziz dan Afifah Nasi mungkin sudah berakhir namun bagi lelaki ini yang tiada kena mengena dengan kes tersebut turut terpalit menerima kecaman dari netizen. 

Ini semua kerana gara-gara nombor telefonnya yang tertera pada status Twitter Aliff Aziz baru-baru ini. Memetik laporan Harian Metro, nombor telefon miliknya menjadi viral selepas Aliff Aziz memuat naik satu status sehingga dirinya diganggu 'haters' kepada Aliff Aziz. 

"Saya bukan Aliff Aziz, tolonglah berhenti hubungi nombor telefon saya". Pada mulanya dia tidak tahu nombor telefonnya itu telah tersebar sehinggalah tunangnya itu memberitahu nombornya telah tersebar secara meluas. 


"Ada yang masukkan saya dalam kumpulan Whatsapp dan ada juga yang saya sudah jelaskan yang tertera dalam Twitter itu bukan nombor Aliff. Bagaimanapun, sehingga sekarang saya masih diganggu tanpa henti walaupun saya sudah kongsi di Facebook (FB) dan buat laporan polis,

Kerana tidak tahan diganggu, Faris membuat laporan di Balai Polis Sepang dan di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada Ahad.Siapa tahan apabila berterusan 'digasak' orang tak dikenali disebabkan kesalahan yang langsung tak bersangkut paut dengan dirinya.

"Kepada anda di luar sana, tolonglah berhenti ganggu saya. Kepada tukang sebar, tolong jangan menyusahkan orang lain.


"Sebab anda, saya yang terseksa. Saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kepada sesiapa yang kongsikan nombor telefon saya di media sosial,

Dalam pada itu, Aliff Aziz telah menafikan bahawa bukan dia yang memuat naik status tersebut tetapi akaun tersebut telah digodam oleh orang lain dan menurut beliau sendiri dia tidak lagi aktif di Twitter. 

Rata-rata netizen menyeru lelaki tersebut yang dikenali sebagai Faris untuk menyaman Aliff Aziz kerana telah menyusahkan hidupnya. 


- www.kakishare.my
___________________________
Jom tengok rancangan baru Siakap Keli x Kaki Share iaitu Akak Travel tonton video best ni :


Sumber : kaki share
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close