Jururawat Kejam Ambil Anak Angkat Untuk Dapatkan Duit Dan Dera Secara Fizikal


Ini bukanlah sikap seorang jururawat yang sering dilihat di dalam kaca televisyen. Seorang wanita yang bekerja sebagai jururawat telah mengambil dua anak angkat kerana ingin mendapatkan bantuan RM250 daripada kerajaan. Malangnya, dua anak tirinya itu telah didera secara fizikal oleh ahli keluarga angkat mereka. 

Mengikut satu laporan dari Harian Metro, wanita berkenaan mempunyai dua anak yang lain dan menetap di Kampung Rambutan, Perak. Pada tahun 2015, wanita berkenaan telah mengambil dua anak angkat kerana kerajaan negeri telah menetapkan sebanyak RM250 diberi setiap bulan kepada dua adik beradik tersebut dan wanita tersebut mahu mendapatkan duit tersebut. 

Setelah pengambilan anak angkat tersebut, bermulalah mimpi ngeri dua adik beradik tersebut. Dua anak kepada wanita tersebut yang berumur 15 dan 16 tahun turut mendera anak angkat tersebut. 

Penderaan tersebut hanya disedari selepas seorang jururawat lain sedang membuat pemeriksaan kesihatan di tadika tempat dimana dua adik beradik tersebut bersekolah dan menjumpai kesan dera di atas badan dua beradik tersebut. 


Berdasarkan luka yang telah sembuh dipercayai mangsa telah dirotan dan dicucuh api rokok. Jururawat yang memeriksa mangsa telah membuat satu laporan polis. Bertindak atas laporan tersebut, pihak polis telah menahan wanita tersebut serta dua anaknya. 

Ketika mangsa disoal siasat, mangsa mendedahkan ibu dan adik beradik tirinya selalu merotan dan mencubit mereka. Selain itu, suspek juga menggunakan jari untuk mencabul kehormatan dua beradik tersebut.

Mangsa dua beradik tersebut telah dibawa ke Hospital Selama untuk diperiksa dan doktor telah membuktikan yang mereka telah didera. Kanak-kanak tersebut telah dihantar ke Jabatan Kebajikan kerana kes tersebut masih disiasat. - www.kakishare.my
___________________________
Jom tengok rancangan baru Siakap Keli x Kaki Share iaitu Akak Travel tonton video best ni :


Sumber : kaki share
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close