Ini Bukti Dokumen Menyebabkan Joy Revfa Diragui Hafiz Hamiudun, Belum Cerai Dengan Suami Lama Ketika Bernikah

Ini Bukti Dokumen Menyebabkan Joy Revfa Diragui Hafiz Hamiudun


Portal My News Nation Malaysia mempunyai satu laporan eksklusif mengenai dokumen perceraian perkahwinan Joy Revfa dengan suami sebelum ini bernama Dato Ray.

Berdasarkan satu dokumen, status Siti Arifah sebagai isteri orang masih lagi sah ketika dia bernikah dengan Hafiz Hamidun pada 1 Mei lalu.

Dokumen menujukkan mengesahkan perceraian antara Joy dan bekas suaminya hanya berlaku pada 13 Julai 2017 iaitu dua bulan selepas bernikah dengan Hafiz Hamidun.

Siti Arifah dikatakan telah hadir sendiri ke Pejabat Agama Islam Daerah Petaling pada 8 Ogos lalu dan mengemukakan Surat Akuan Cerai Taklik dari Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla, Thailand.

Surat itu mengesahkan bahawa telah tertaklak Joy yang namanya Siti Arifah dengan bekas suami bernama Mohd Rayos dengan satu talak pada tarikh 13 Julai 2017.

Dikatakan Joy hanya membuat aduan taklik kepada Pejabat Agama Islam Wilayah Songkhla penghujung Mei iaitu hampir sebulan selepas bernikah dengan Hafiz.

Ini menyebabkan Hafiz Hamidun dikatakan bertindak mengasingkan diri dari Joy kerana meragui status pernikahan mereka.

Pejabat Agama Wilayah Songkhla kemudian mengeluarkan satu surat mengenai aduan taklik Siti Arifah terhadap Mohd Rayos bertarikh 1 Jun 2017 bagi mengadakan sesi pertemuan sebulan kemudian iaitu pada 6 Julai 2017.

Melalui satu temuramah ‘live’ Berita Harian, Siti Arifah sendiri mengakui perceraiannya tidak didaftarkan di Malaysia.

Joy tidak mendedahkan bahawa perceraiannya turut tidak didaftarkan atau dimaklumkan kepada Pejabat Agama Wilayah Songkla di mana dia dan suaminya, Mohd Rayos (Dato Ray) bernikah sebelum ini.

My Nation News Malaysia turut mendakwa ketika Joy Revfa membuat permohonan untuk bernikah dengan Hafiz Hamidun, dia telah menandakan ruang ‘tidak pernah berkahwin’ sebagai status dirinya.

Sumber: My News Nation Malaysia



Sumber : berita memey
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close