"Indonesia, Kamu Juga Salah" - Netizen Thailand Dakwa Indonesia Juga Salah Cetak Bendera


Sehari selepas perasmian Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017 pada Sabtu lalu, Menteri Belia dan Sukan Indonesia, Imam dilaporkan menulis dalam laman Twitternya mengecam tindakan Malaysia kerana melakukan kesilapan mencetak paparan bendera Indonesia secara terbalik dalam buku cenderamata Pembukaan Rasmi Sukan SEA 2017.

Biarpun Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar tampil memohon maaf secara terbuka kepada negara Indonesia termasuk bertemu dengan Imam untuk menyampaikan permohonan maaf secara rasmi, namun masih timbul ketidakpuasan hati di kalangan netizen Indonesia. 

Rata-rata netizen Indonesia dikatakan bertindak menghina bendera negara kita di media sosial.


Akan tetapi, baru-baru ini terdapat seorang netizen dari Thailand memaklumkan dalam laman Twitternya bahawa Indonesia juga turut tersalah mencetak bendera Thailand menjadi bendera Costa Rica.

Daripada perkongsian gambar di Twitternya, dipercayai buku cederamata itu diterbitkan oleh Indonesia bersempena penyertaan Sukan Sea kali ini , namun kelihatan terdapat logo Sukan Asia yang bakal diadakan di Jakarta, Indonesia pada 2018.



Dibawah logo tersebut tercetak paparan bendera untuk 11 negara Asia Tenggara, tetapi didapati bendera Thailand yang turutan jalur melintangnya sepatutnya bermula dengan warna merah, putih, biru, putih, merah, telah tersilap cetak menjadi biru, putih, merah, putih dan biru. 

Netizen tersebut turut memaklumkan (tag) perkara itu kepada Menteri Belia dan Sukan Indonesia dan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin di Twitternya dengan kasyen dalam bahasa Thailand yang bermaksud, " Kamu juga bersalah." - www.kakishare.my

FACEBOOK HERBAL RIMBA


Sumber : kaki share
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close