Elizabeth Tan Mengaku Hampir Bunuh Diri Beberapa Bulan Lalu

Siapa tak kenal dengan penyanyi jelita ini iaitu Elizabeth Tan, dia mengakui nyaris membunuh diri kerana mengalami tekanan jiwa beberapa bulan yang lalu.

Elizabeth atau mesra dengan panggilan Lizzy, 23, mengakui tidak dapat berfikir panjang juga menyebabkan dia seperti di rasuk dan hilang akal.
"Ia kisah yang sangat panjang untuk saya ceritakan, tapi apa yang boleh saya beritahu, ketika itu saya mengalami tekanan dalam hidup saya.

"Saya tertekan dengan beberapa siri kehidupan yang saya alami ketika itu termasuk masalah percintaan, peribadi, keluarga dan agama.

"Saya juga terfikir untuk menamatkan hidup saya waktu itu kerana saya rasa seperti sudah tiada tujuan hidup.

"Saya hilang akal hingga tidak mengenali diri saya.

"Saya minta maaf kerana menangis kerana sedikit emosi ketika ini," katanya kepada Astro Gempak sambil mengalirkan air mata.
Wartawan Kaki Share menemui Lizzy selepas majlis pelancaran single terbaharunya berjudul Darling yang berlangsung di Warner Music Malaysia, pada Selasa.
Tambahnya lagi, dia bersyukur kerana tersedar dan tidak meneruskan niatnya untuk membunuh diri. 

"Mujur saya ada keluarga terutama ibu yang sentiasa memberi semangat dan sokongan serta menerima saya dengan baik, walaupun saya pernah melakukan kesalahan besar. 

 "Sepanjang tempoh menstabilkan emosi, Ibu yang banyak membantu dan memberi nasihat serta menjaga saya selama dua minggu. 

 "Saya juga bertuah kerana ada rakan yang menasihati supaya saya tidak melakukan perkara yang sia-sia. 
 "Saya bersyukur kerana sempat berfikir secara rasional dan segera sedar," 
katanya ketika ditemui di majlis pelancaran single terbaharunya berjudul Darling di pejabat Warner Music, Malaysia. Lizzy sebelum ini mengakui hubungan cintanya dengan seorang ahli perniagaan terputus disebabkan orang ketiga. 
 Hubungan cinta mereka hanya dapat bertahan lebih kurang enam bulan sahaja. Dalam perkembangan lain, Lizzy baru sahaja menamatkan penggambaran drama bersiri My Darling Inspektor Daniel yang sudah mula ditayangkan di Astro Ria (104) dan Ria HD (123) setiap hari Isnin hingga Khamis.


Sumber : kaki share
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close