Budak Perempuan 'Dera' Pembantu Rumah Jadi Viral Sehingga Netizen Kecam Tindakan Budak Tersebut


Selalu biasa kita dengar pembantu rumah mendera anak majikan namun kali ini berbeza pula halnya apabila anak majikan pula yang mendera pembantu rumah. 

Rakaman video selama dua minit ini menjadi viral di laman sosial apabila seorang budak perempuan membuli seorang wanita yang dikatakan pembantu rumah keluarga terbabit. 

Menerusi rakaman tersebut, budak perempuan itu dilihat menarik rambut mangsa dari belakang. Pembantu rumah itu dilihat sedang memangku budak lelaki dan terjatuh akibat di tarik budak perempuan itu. 



Seorang wanita didengar seperti memanggil nama kanak-kanak perempuan itu namun tidak diendahkan oleh kanak-kanak perempuan itu dan terus bertindak memukul kepala sambil menarik rambut pembantu rumah tersebut. 

Pembantu rumah itu hanya menahan kesakitan dan tidak membalas apa yang dibuat oleh kanak-kanak perempuan tersebut. Rata-rata netizen mengecam tindakan biadap kanak-kanak itu namun ada juga yang menyatakan kanak-kanak itu seorang anak istimewa (autisme). 

Sumber dari Mstar Online mengatakan insiden itu dipercayai berlaku di negara Asia Barat dan video tersebut di rakam oleh salah seorang lagi pembantu rumah keluarga untuk dijadikan bukti kanak-kanak tersebut mendera dan bertindak biadap. - www.kakishare.my

FACEBOOK: HERBAL RIMBA


Sumber : kaki share
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close