Bekas Suami Joy Revfa Beri Komen Pergolakkan Rumah Tangga Bekas Isterinya Dengan Hafiz Hamidun

Bekas Suami Joy Revfa Beri Komen Pergolakkan Rumah Tangga Joy Dengan Hafiz Hamidun



Isu rumah tangga antara penyanyi Hafiz Hamidun dan pengusaha kosmetik, Joy Revfa telah mendapat perhatian ramai.

Apabila kisah perkahwinan pasanagn ini mula diperkatakan ramai, bekas suami Joy Revfa, Datuk Ray Imran telah tampil memberi komen.

Datuk Ray Imran telah meluahkan rasa sedih apabila mengetahui rumah tangga bekas isterinya itu dilanda badai apatah lagi masih lagi baru dibina.

Namun, menerusi laporan Berita Harian, Datuk Ray Imran seperti dapat mengagak perkara berkenaan akan berlaku, namun menganggap dirinya tidak layak untuk memberi nasihat.

Ini komen Datuk Ray Imran:

SEDIH APA YANG BERLAKU

"Jujurnya saya sedih dengan apa yang berlaku. Saya mahu menasihatkan dirinya sebelum mereka kahwin, tetapi siapalah saya? Nampak seperti saya cemburukan dirinya pula.

"Sekarang, apa yang saya khuatir sebelum ini benar-benar terjadi,"

PUNCA MUNGKIN SEBAB PERKENALAN SINGKAT

"Mungkin masing-masing ada kesilapan sendiri. Ditambah pula dengan perkenalan yang singkat, jadi mereka mungkin belum mengenali antara satu sama lain dengan lebih mendalam,"


Kisah pergolakkan rumah tangga Hafiz Hamidun dan Joy Revfa mula diketahui apabila usahawan itu memuatnaik caption seperti sedang keliru.

Kini, Hafiz Hamidun pula telah delete semua gambar isterinya itu di laman Instagram. (BACA SINI)

Hafiz Hamidun ada memberitahu dia akan memberi kenyataan tidak lama lagi.

Sumber : berita memey
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close