Bapa Umur 48 Tahun 'Gila' Rakam Video Anaknya Sedang Mandi Untuk Simpanan 'Peribadi' Dipenjara


Tidak ada kata yang boleh digambarkan betapa 'sakit'nya seorang lelaki bergelar bapa ini. Seorang lelaki warga Malaysia berumur 48 tahun baru-baru ini dihukum penjara kerana merakam anak kandungnya yang sedang mandi. Kejadian berlaku di sebuah flat di Singapura. 

Menurut laporang Straits Times, anak perempuan yang berumur 21 tahun tinggal bersama ayahnya di rumah tersebut. Pada hari kejadian, anak perempuannya itu sedang mandi dan terkejut apabila dia menyedari sebuah telefon dilekat pada bawah sinki tandas. 

Setelah diperiksa, dia menyedari telefon berkenaan sedang dalam mod merakam. Gadis tersebut memberhentikan rakaman tersebut dan memeriksa galeri video untuk melihat video yang ada di dalam telefon bimbit tersebut. 

Ketika itu dia menyedari beberapa video dirinya yang berbogel ketika mandi. Selain itu ada juga rakaman bapanya sedang membetulkan kedudukan telefon bimbit berkenaan. Setelah membuang segala rakaman video dirinya, gadis itu dengan berani bersemuka dengan bapanya. 

Akhirnya setelah didesak, bapanya itu telah mengaku tindakan kejinya itu. Malah lebih memeranjatkan lagi dia telah merakam video anaknya mandi itu selama lebih dua minggu. Dia juga mengaku menyimpan lebih 20 video anaknya yang sedang mandi di gajet yang lain. Video tersebut adalah untuk simpanannya sendiri. 

Bengang dengan tindakan bapanya yang tidak bertanggungjawab itu, gadis tersebut bertindak keluar dari rumah tersebut dan tinggal bersama kawannya. Namun bapanya yang tidak berasa sedikit malu atas perbuatan tersebut telah pergi mencari anaknya itu dan mengugut akan membunuh diri. 

Anak perempuannya itu telah membuat laporan polis dan bapanya kemudian telah ditangkap pada hari yang sama. - www.kakishare.my
___________________________
Jom tengok rancangan baru Siakap Keli x Kaki Share iaitu Akak Travel tonton video best ni :


Sumber : kaki share
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close