Abang Bomba Ambil Masa Dua Jam Selamatkan Kaki Bayi Tersepit Dalam Saluran Air


Khidmat abang bomba sering kali membantu masyarakat tanpa rasa penat dalam apa saja kejadian yang berlaku walaupun perkara yang remeh tapi khidmat mereka yang amat diperlukan. 

Terbaru, seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun terpaksa diselamatkan oleh anggota bomba selepas kakinya dalam lubang saluran air di dalam tandas di Kem Tentera Sungai Besi. 

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur, Zamani Ismail berkata anggota terpaksa memecahkan saluran air di tandas dan saluran paip di bawah rumah terbabit untuk mengeluarkan kaki mangsa.

"Masa lebih dua jam digunakan untuk mengeluarkan kaki mangsa tanpa sebarang kecederaan dan diserahkan kepada ambulans untuk pemeriksaan lanjut."

Tambahnya, seramai 12 anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Besi dikerahkan ke lokasi bagi bantuan. - www.kakishare.my

FACEBOOK HERBAL RIMBA


Sumber : kaki share
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close