[ VIDEO ] Kerana Belanja Adik Beli Jajan , Budak Perempuan Dibelasah Dan Dihayun Ibarat Patung Oleh Bapanya Sendiri



China – Gila tapi benar. Seorang bapa berusia 37 tahun ditahan polis selepas membelasah anak perempuannya dengan kejam di sebuah pasa raya di wilayah Jiangsu, China, hanya kerana budak itu ke pasar raya itu untuk membeli makanan ringan untuk adiknya.

South China Morning Post melaporkan, rakaman CCTV memaparkan budak perempuan yang dianggarkan berusia lima atau enam tahun itu dilihat terus berbaring di lantai sebaik sahaja bapanya tiba – seolah-olah tahu tentang nasib yang bakal menimpanya.

Lelaki itu kemudian datang menampar budak perempuan itu beberapa kali sebelum menghayun kanak-kanak itu sehingga terkena tong sampah dan ke arah rak barang.

Dia kemudian mengambil penyapu dan memukul budak perempuan itu bertubi-tubi sebelum dihalang orang ramai.



Video itu turut merakamkan saat kanak-kanak itu bangun dan berjalan terhincut-hincut menahan sakit ke arah adik lelakinya yang kelihatan terkejut.


Menurut Chinaxiaokang.com, kejadian berlaku pada 9 malam di sebuah pasar raya di bandar Suqian, daerah Shuyang, minggu ini.

Polis yang tiba kemudian menahan lelaki itu, dikenali sebagai Wei.

Menurut kenyataan polis melalui Weibo (Twitter versi China), lelaki itu yang ditahan reman 14 hari, menyatakan dia menghukum anaknuya kerana membawa adik lelaki ke kedai tanpa pengetahuannya.

Wei beritahu dia adalah bapa tunggal selepas bercerai dengan ibu kanak-kanak terbabit.

Menurut Chinaxiaokang.com, budak perempuan itu membawa adiknya ke kedai untuk membelikannya makanan ringan berharga 10 yuan (RM6).

sumber : rilekslah.my


Sumber : kaki share
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close