'Tulis Nota Sendiri, Buat Kejutan Sendiri' - Suami Wanita Ini Buat Kejutan Untuk Isterinya Tetapi Netizen Pula Kecam Kerana Menunjuk-Nunjuk


Setiap isteri pasti akan berasa amat dihargai apabila si suami membuat kejutan sempena menyambut hari yang penting seperti hari jadi ataupun ulang tahun perkahwinan. Apatah lagi kalau kejutan tersebut sebuah telefon pintar berjenama yang harganya mencecah ribuan ringgit. 

Perkongsian Aien Suraya ini telah menjadi bualan netizen kerana ramai menganggap wanita tersebut bertuah kerana memiliki seorang suami yang baik malah pandai memberi kejutan pada isterinya. 

Berikut perkongsian dari Aien yang menjadi viral di media sosial. 


Namun, perkongsian ini mendapat pelbagai reaksi dari netizen. Rata-rata netizen menganggap perkongsian tersebut hanya untuk menunjuk nunjuk. Ada yang menganggap wanita tersebut menulis nota tersebut sendiri kerana tulisan tersebut dianggap terlalu 'cantik' untuk seorang lelaki. 

Selain itu ada yang mendakwa wanita tersebut pernah viral kerana masukkan duit sehingga RM3K di dalam dompet suaminya dan ini cuma salah satu taktik pemasaran wanita tersebut. Ini antara komen-komen netizen. 


Tak kisahlah ianya satu taktik pemasaran untuk melariskan produk jualan atau betul-betul kejutan dari suaminya yang penting mungkin para suami boleh mengambil idea dari wanita ini kejutan buat isteri tercinta. - www.kakishare.my


Sumber : kaki share
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close