'Tolong Telefon Bos Saya!' - Pengguna Jumpa Resit ATM Minta Tolong Dari Lelaki Terperangkap Dalam Bilik Mesin ATM


Apa perasaan terperangkap dalam satu bilik dan tiada siapa yang datang untuk menolong? Pasti trauma kan. Apa yang terjadi kepada seorang pekerja di Texas, Amerika Syarikat menggunakan kaedah yang tidak disangka! 

Pekerja penyelenggaraan itu meminta tolong dengan menulis nota meminta untuk dikeluarkan melalui mesin ATM tempat dimana dia terperangkap. Dia dipercayai sedang membaiki tombol pintu yang rosak sebelum terperangkap di dalam bilik ATM tersebut. 

Menerusi nota tersebut, mangsa memberitahu dia tidak membawa telefon serta alat yang digunakan untuk membuka pintu dan meminta untuk menelefon bosnya. Nota tersebut dikeluarkan melalui tempat resit ATM itu. 

'Minta tolong. Saya terperangkap di sini dan tidak mempunyai telefon. Tolong panggil bos saya' beserta dengan satu nombor telefon. Mujur seorang pengguna ATM menyedari akan nota lelaki tersebut dan menyerahkan kepada pihak polis yang sedang melakukan rondaan di kawasan berhampiran. 

Pada mulanya, pihak polis juga menyangka ianya adalah satu gurauan seperti di dalam rancangan televisyen. Setelah pihak polis menyiasat, anggota polis tersebut tiba-tiba mula bercakap. 

“Memang betul kami mendengar suara dari dalam mesin ATM itu,” kata anggota polis, Richard Olden. Anggota polis menemui beberapa nota yang ditulis oleh mangsa dan berjaya membuka pintu tersebut. Selepas semuanya disahkan oleh pihak polis, lelaki itu dibebaskan kerana tiada kejadian jenayah yang berlaku. Lelaki tersebut dipercayai terperangkap selama dua jam. - www.kakishare.my


Sumber : kaki share
loading...
loading...
Share on Google Plus

About Unknown

    Blogger Comment
    Facebook Comment
LIKE,SHARE PAGE DAN KLIK (X) UNTUK BACA Button Close